Selebriti terkenal Neelofa telah ‘belanja’ wajah Abdullah Abbas secara sipi-sipi dan sekaligus membuatkan ramai teruja dan memuji wajah comel si kecil, Abdullah Abbas.
Namun setelah gambar mula tersebar malam tadi, Neelofa cepat-cepat menafikan foto bayi yang dikongsi di Instagram Story (IGs), malam adalah putera keduanya.
Beliau menegaskan wajah bayi dikongsinya dalam media semalam bukan anak keduanya, Abdullah Abbas seperti yang didakwa ramai.
Kata Neelofa, 34, penjelasan tersebut dilakukan kerana wujud salah faham yang bertebaran dalam media sosial sejak semalam.
Selepas ramai menyangka foto bayi yang wajahnya didedahkan melalui pantulan cermin adalah anaknya.
“Ini bukan baby Abbas. Jangan salah faham ya semua,” katanya ringkas sekali gus menafikan dakwaan dia sudah berkongsi wajah anak lelaki keduanya.
Semalam, tular foto dan video memaparkan sesi penggambaran yang menggunakan bayi lelaki sebagai model cilik.
Disebabkan Neelofa berkongsi video tersebut, ramai menyangka bayi tersebut merupakan Abdullah Abbas.
Sementara itu, bekas pengacara Nona itu turut berkongsi pengalaman mengasuh bayi yang disifatkan kuat meragam itu melalui entri yang memaparkan suaminya, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Ismail, 27, sedang mendukung Abbas.
“Semalam ummi ‘zombie’ teruk. Setiap jam bangun dan sampai subuh rasa macam nak menangis. Jam 6 pagi serah Abbas kepada pembantu dan sambung tidur sampai jam 7.30 pagi sebelum Bilal masuk kacau mak dia,” tulisnya.
Ketika mengumumkan nama anaknya menerusi hantaran di Instagram bulan lalu, Neelofa turut ‘belanja’ wajah Abbas secara sipi-sipi.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu.
Baca juga: Buat pinjaman RM260 ribu lulus RM26 juta, sepasang kekasih joli sakan akhirnya selamat dipenjara