Ini rupanya kereta pengeluar nasional Proton S70, merupakan model sedan baharu yang pertama dilancarkan di Tanjung Malim.
Proton S70 adalah model sedan baharu yang ditambah ke barisan model Proton sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016.
Pratinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih dekat dan peribadi.
Ianya turut dilengkapi dengan slogan bagi Proton S70 diumumkan sebagai ‘Intelligence that Evolves’ oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.
Dr Li juga menjangkakan semua cawangan PROTON akan mula menerima tempahan daripada pelanggan mulai hari ini dengan bayaran sebanyak RM500. Kata beliau lagi, model Proton S70 adalah fasa baharu bagi syarikat kerana ia telah kembali ke segmen sedan keluarga.
Proton S70
Model Proton S70 ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar, pautan, enjin turbo kapasiti 1.5L dengan transmisi klac berkembar automatik tujuh kelajuan 7DCT.
S70 mempunyai empat varian berbeza iaitu 1.5T Executive, 1.5T Premium, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X.
“Kami mempunyai harapan tinggi terhadap model ini dan akan menjadi popular dalam kalangan peminat Proton sedia ada dan yang baharu.
“Ini akan membantu kami kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini dipimpin oleh model seperti Proton Wira, Waja dan Prevé,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menyusul jejak Proton X70, Proton X50, dan Proton X90 hibrid, Proton S70 akan menjadi model Proton baharu keempat yang dibangunkan bersama dengan Geely.
Baca juga: Meruntun hati, kisah 2 beradik ini buat netizen menangis, kendong ibu guna bakul ke hospital