Bagi sesetengah masyarakat, KFC merupakan pilihan pertama untuk dikunjungi apabila ingin meraikan hari jadi atau mendapat keputusan yang bagus kerana harganya sangat mesra poket.
Selain harganya yang murah, ayam gorengnya yang rangup dan enak sentiasa dinanti-nantikan oleh pelanggan.
Ini kerana KFC menggunakan 11 herba dan rempah rahsia yang masih menjadi misteri kepada pelanggannya. Namun tidak hingga kini.
Menurut sumber, Lad Bible melaporkan Kolonel telah mempertahankan resepi rahsianya selama berkurun lama namun ia akhirnya dibocorkan oleh anak saudara Kolonel- Joe Ledington.
Wartawan dari Chicago Tribune melaporkan telah berjumpa dengan Joe Ledington dan menemui resepi rahsia yang ditulis di belakang wasiat ibu saudaranya.
Ditulis menggunakan dakwat biru bertajuk “11 Rempah — Campur Dengan 2 Cawan Putih Fl.” Ledington dengan santai menjelaskan “Itu adalah 11 herba dan rempah asli yang sepatutnya sangat rahsia.”.
Bahan utama yang disebut didalam resepi itu ialah empat sudu paprika, tiga sudu lada putih dan dua sudu garam bawang putih. Manakala rempah utamanya adalah, Ledington berkata, “Bahan utama ialah lada putih. Saya panggil itu ramuan rahsia. Tiada siapa (pada 1950-an) tahu apa itu lada putih. Tiada siapa yang tahu cara menggunakannya.”
Bahan-bahan lain yang ada di dalam resepi tersebut termasuk herba hijau seperti thyme, basil dan oregano. Bagi garam pula, terdapat tiga jenis garam berasingan di dalamnya – bawang putih, biasa dan saderi. Mustard dan lada kering menyumbang kepada rasa pedas dan halia yang dikisar.
Apa kata anda mencubanya di rumah dan berkongsi jika rasanya menyamai ayam KFC.
Baca juga: Malas cuma alasan! Wanita ini buktikan idea ‘pack’ bahan masak lebih mudah, tinggal campak je..