Sah ke tidak puasa kalau tak sempat mandi wajib? Ini jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus.
Umumnya mengetahui sekarang umat Islam sedang menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadan. Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan netizen adakah puasa seseorang itu dikira sah walaupun dia belum mandi wajib.
Bagi mereka yang berhadas besar, perlu mandi wajib untuk berpuasa, apatah lagi jika mahu menunaikan solat.
Namun, bagaimana jika seseorang itu mandi wajib selepas azan Subuh? Sah ke puasanya?
Susulan daripada itu pendakwah terkenal berasal dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut.
Apakah hukumnya?
Menerusi soalan yang diterima bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus apakah hukum puasa jika seseorang itu tidak mandi wajib sebelum masuk waktu Imsak. Ujar ustaz, puasa tersebut dikira sah bagi perempuan jika darah haidnya berhenti sebelum waktu Subuh.
Perempuan yang berhenti haid sebelum masuk waktu Subuh pukul 6 pagi, haidnya berhenti 5.59 dan tak sempat nak mandi masuk waktu Subuh dulu. Sah puasa dia.
Syarat sah puasa tidak mesti mandi wajib dahulu, tapi mesti kering darah dahulu dari masuk waktu Subuh.
Tapi, jika ia hadas Janabah keluar mani atau hadas Jimak maka tidak ada masalah. Malamnya bersama suami isteri, pasangan tersebut perlu mandi sebelum menunaikan waktu solat Subuh.
Hadas Junub tidak ‘merosakkan’ puasa yang merosakkan puasa adalah haid dan nifas.
Walaupun terkeluar air mani ketika di siang hari, puasa tersebut dikira masih sah dan seseorang itu perlu mandi bagi menunaikan solat Zohor mahupun Asar.
Namun, jika individu sengaja melambat-lambatkan sehingga luput waktu solat subuh, maka dia berdosa.
Ada dua kesalahan yang dilakukan iaitu sengaja melambatkan mandi hadas dan tidak solat subuh.
Pada asasnya, mandi hadas tidak termasuk dalam syarat sah puasa.
Syarat sah puasa ialah
- Islam
- Baligh
- Suci daripada haid dan nifas serta dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Kesimpulannya, sah puasa walaupun mandi wajib dilakukan selepas waktu subuh.
Meskipun, sah puasa kita, janganlah kita memandang remeh hal itu kerana ia berkaitan soal ibadah kita.
Baca Juga: Risau gastrik menyerang ketika Ramadan, ini antara menu yang anda boleh ambil ketika puasa
Baca Juga: Teruja sangat kejut orang kampung bangun sahur pakai gendang, remaja terkejut kena simbah air