Saintis dunia dalam kebingungan selepas menerima dua isyarat misteri seperti degupan dari matahari.
Isyarat itu yang diulang ulang berkali kali boleh membantu manusia untuk memahami dengan lebih baik mengenai letupan paling kuat sistem suria.
Isyarat itu dilaporkan berulang setiap 10 dan 20 saat.
Saintis percaya ia datang dari suar suria kelas C yang meletus lebih 5,000km permukaan di atas matahari.
Letupan suar suria ini mampu untuk mengecilkan saiz bumi dan merupakan letupan tenaga yang paling kuat.
Ahli astronomi, Sijie Yu mendakwa penemuan itu sebagai ‘tidak disangka’.
“Corak degupan ini penting untuk memahami bagaimana tenaga dibebaskan dan dihamburkan dalam atmosfera Matahari semasa letupan yang sangat kuat.
“Bagaimanapun, asal usul isyarat berulang yang juga dipanggil denyutan kuasi-berkala ini telah lama menjadi misteri dan menjadi sumber perdebatan dalam kalangan ahli fizik,” jelasnya.
Dengan menggunakan Expanded Owens Valley Solar Array (EOVSA) iaitu kemudahan Amerika Syarikat (AS) yang menjejaki frekuensi radio gelombang mikro, saintis dapat mengesan lokasi sebenar isyarat pertama.
Kajian mengenai penemuan ini masih diteruskan hingga kini.
Baca juga: Tidur hanya dua jam, Bell Ngasri teruja dapat hadiah kereta mewah