Saiz lubang semakin membesar, anak ketiga Kak KM hidap jantung berlubang minta doa dari orang ramai

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri menangis teresak-esak meminta doa orang ramai buat anaknya Rania yang sedang menghidap penyakit jantung berlubang.

Usahawan jamu yang dikenali sebagai Kak KM berkongsikan keadaan anak ketiganya selepas membuat pemeriksaan kesihatan bagi membuat insurans.

Kak KM telah berkongsi berita sedih itu menerusi hantaranya di laman TikTok lianaroslikakkm miliknya pada semalam.

Kak KM yang pada awalnya telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang menangis sambil meminta orang ramai mendoakan kesihatan anaknya itu.

Muat naik video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan seterusnya menjadi tular di media sosial.

Ramai pengguna media sosial juga dilihat mendoakan kesembuhan anak kak KM yang lebih mesra disapa sebagai Baby Rania.

Dedah Kak KM, Baby Rania yang kini berusia 13 tahun dipercayai telah menghidap jantung berlubang di mana kini saiz lubang itu semakin membesar.

@lianaroslikakkm

Doakan anak kakkm bebirania ye..semoga rania kuat❤️

♬ original sound – kakkm@sweetdara – kakkm@sweetdara

Perkara tersebut diketahui Kak KM selepas menjalani proses pemeriksaan kesihatan bagi mendaftarkan insurans buat anaknya itu.

Menurut Kak KM, Rania pernah didiagnosis mempunyai masalah injap berlubang pada waktu dia lahir lagi.

Namun kini Rania yang sedang meningkat dewasa telah menunjukkan banyak simptom penyakit itu termasuklah masalah kesukaran bernafas.

“Ya Allah aku tak kuat la. Doakan anak kakkm ya. Anak yang baik anak yang rajin,” tulis Kak KM di Instagram miliknya sambil mengesatkan air mata.

Hantaran itu telah mengundang pelbagai komen yang mendoakan kesembuhan anak usahawan tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Semoga di permudahkan urusan Km sekeluaga. Kuatkan semangat dan semoga cepat sembuh Rania,” tulis seorang netizen yang mendoakan Rania.

“Semoga kuat, Allah bagi ujian sebab Allah nak angkat darjat kita. Semoga dipermudahkn segala urusan,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, menerusi hantaran terbaharu Kak KM, Rania kini telah mula sedarkan diri dan sedang bersarapan di atas katil hospital.

“Alhamdulillah…. Terima kasih tak terhingga terlalu ramai yang mendoakan anak mama Rania. Hanya Allah je dapat membalas jasa baik uoll tu,” tulis hantaran terbaru beliau di Instagram miliknya pada pagi tadi.

Baca juga: Gara-gara ilmu kongkang hidupku musnah-“Saya sudah bulatkan tekad saya tetap berhenti kerja. Rupa-rupanya “aku mak mertua dia”