Sajat dedah segala harta sudah dilelong, bahagia hidup walaupun keseorangan-“Biarlah saya hidup dengan gembira di sini”

“Betul, rumah saya memang dilelong.”

Demikianlah yang diucapkan oleh ahli perniagaan Nur Sajat mengenai banglo miliknya yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor yang akan dilelong dengan harga RM4.68 juta pada 13 Mei akan datang.

“Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia), jadi lelonglah. Memang betullah tu nak kena lelong.

“Sedih? Buat apa nak sedih. Kita (saya) duduk luar negara, gembira di sini,” katanya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok @nursajatlegacymy, usahawan yang juga pelantun lagu “Bobo Di Mana” menyatakan segala harta miliknya sudah tiada.

“Bukan setakat rumah kena lelong, kereta pun dah tiada. Apa pun sudah tak ada. Jadi, nak suruh saya balik buat apa? Memang tidak dah lah.

“Saya sudah tinggal di sini, buat apa nak fikir lagi duduk di Malaysia. Bukan boleh balik pun. Dulu ada, disuruh pergi saja. Sudah keluar Malaysia nak suruh balik pula, kenapa?

“Biarlah saya hidup dengan gembira di sini. Walaupun kita jauh di mata, tapi dekat di hati. Anda saja duduk di Malaysia, seronok hidup di Malaysia tu. Orang macam saya ini, tak seronok duduk Malaysia. Macam anda, lelaki, perempuan seronoklah. Duduk saja,” katanya.

Perkongsian itu terjawab selepas salah seorang pengguna tiktok bertanyakan soalan tersebut.

Sebelum ini, akhbar melaporkan rumah Sajat akan dilelong dengan harga RM4.68 juta berbanding harga asalnya yang bernilai RM9 juta.

Baca juga: “Suami aku gaji tinggi tapi kedekut taik hidung masin, bila time aku belanja macam macam dia teringin tapi bila time aku”