Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzaman, 39, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, mendakwa bahawa dia kini sedang menghadapi kanser.
Usahawan tersebut kini menetap di Australia membuat pengumuman semasa sesi siaran langsung di laman sosial TikTok miliknya semalam.
“Saya sebenarnya sakit, sakit kanser. “Kalau saya tak sempat untuk meminta maaf, saya minta maaf sekarang,” katanya menerusi siaran langsung tersebut.
Tambah Nur Sajat, peminatnya tidak perlu berasa sedih dengan dugaan dan ujian yang sedang dihadapinya ketika ini kerana dia masih lagi boleh berhibur.
“Korang tak perlu rasa sedih, kerana saya masih boleh berhibur walaupun menghidap kanser. Bagi saya itu cukup membuat diri saya rasa seronok.
“Tapi, kalau tiba-tiba saya senyap maksudnya saya dah tiada lagi,” katanya.
Sebelum ini, usahawan kontroversi itu berada di Australia setelah pihak penguatkuasa Malaysia mengejarnya atas beberapa kesalahan syariah yang pernah dilakukannya di negara ini.
Baca juga: Akibat ‘gelojoh’ ambik gambar, cincin kahwin RM670,000 jatuh dalam parit