Sakan! Syarikat ini bagi pekerja tentukan sendiri bonus, siap main kira duit bertimbun-timbun

Portal berita South China Morning Post melaporkan bahawa sebuah syarikat di China menjadi viral selepas mengadakan permainan mengira wang sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi bonus kepada pekerjanya.

Syarikat Kren Kuangshan di wilayah Henan mengadakan acara tersebut menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Februari yang lepas.

Dalam acara itu, pekerja diberi peluang untuk membawa pulang sebanyak yang mereka mampu kira dari timbunan wang yang diletakkan di atas meja. Wang kertas berjumlah 100 yuan (RM66) diletakkan di atas meja sepanjang 50 meter.

Pekerja diberi kebenaran untuk mengira wang tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, iaitu antara 1, 3, 5, 10, dan 15 minit. Tempoh masa tersebut ditetapkan secara rawak melalui undian.

Bagaimanapun, sebanyak 1,000 yuan (RM665) akan dipotong daripada jumlah wang yang dibawa pulang bagi setiap kesalahan kiraan.

Daripada seramai 5,000 pekerja yang menyertai acara tersebut, salah seorang daripada mereka berjaya membawa pulang wang sebanyak 97,800 yuan (RM65,120).

Baca juga: “Suami bagi amaran jangan keluar rumah tanpa jubah dan berpurdah, kalau tak ikut cakap dia talak akan gugur..”