Sakit pinggang sebab mop lantai, ini rupanya tips mudah nak kilatkan jubin..guna 1 bahan je

Ruang tamu ibarat ‘jantung’ rumah, kerana itulah segalanya yang cantik dan indah dilihat diperlihatkan di ruang tamu termasuklah lantai yang berkilat.

Pasti ibu-ibu kerap mengemop lantai kerana mahu ‘effect’ berkilat itu dilihat oleh para tetamu.

Namun ramai yang kurang menitikberatkan kebersihan tandas dan membiarkan jubin kelihatan kusam dan legam.

Seorang individu dikenali sebagai Salwa Mahmud atau Kak Wa berkongsi cara mudah untuk mengilatkan jubin tandas dengan menggunakan satu bahan sahaja.

“Tak sangka betul selain bersihkan dan putihkan baju, cecair peluntur juga boleh kilatkan lantai mozek. Boleh jimat lepas ni. Tak perlu beli pencuci tandas. Cukup dengan cecair peluntur lemon. Wangi pun wangi.

“Kak Wa cuma nak kongsi. Anda yang ada tandas mozek berkerak tu cuba cari peluntur jenis ni dekat kedai. Memang licin berkilat. Tapi kena hati-hati sebabnya bila tengah cuci tu dia jadi pedih mata sikitlah,” ujarnya.

Bahan-bahan:

1. Cecair peluntur

Cara-cara:

Percikkan cecair pencuci itu ke permukaan lantai.

Biarkan cecair pencuci itu selama tiga hingga empat minit. Lebih lama adalah lebih baik.

Selepas itu, anda boleh membilas jubin tandas dengan air.

Untuk hasil yang lebih memuaskan, anda boleh menyental jubin dengan menggunakan berus.

Tambahan pula, selain kaedah ini, ada pemilik rumah yang menggabungkan cuka makan dengan air panas dan juga detergen untuk mencuci lantai.

Anda boleh menggunakan campuran tersebut untuk membersihkan lantai atau jubin rumah dengan mop. Ini akan memberikan kesan yang bersih, berkilat, dan harum. Selamat mencuba!

Baca juga: “Suami aku kaki masjid siap kopiah tak pernah tanggal, tapi instinct isteri tak pernah salah bila tengok telegram dia penuh video..”