Sambut tetamu kenduri guna suar, netizen teruja lihat kreativiti tuan rumah

Suar sering kali digunakan ketika situasi kecemasan seperti terdampar di pantai tidak berpenghuni atau dalam situasi perang.

Ia kerana suar direka khas untuk menarik perhatian orang dari jauh dan juga menghasilkan asap yang berkepuk-kepuk.

Suar juga menghasilkan asap yang berwarna warni jadi ia berbeza dengan kabus semulajadi atau asap.

Sambut rombongan pengantin pakai suar

Namun siapa sangka suar juga digunakan untuk menyambut tetamu di kenduri yang pastinya lain dari yang lain.

Pengguna laman TikTok Yana Del Ray(@qmslyan4), mengakui terkejut namun teruja pabila disambut dengan asap suar yang berwarna warni.

“First time (Ini kali pertama) disambut rombongan kenduri macam ini. Masuk ke alam bunian terus,” katanya menerusi ruangan komen.

@qmslyan4

Pestime disambut rombongan kenduri macamni😭🤣 masuk ke alam bunian terus😆

♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official
Kredit: tiktok

Video berkenaan telah meraih tontonan sebanyak 1.2 Juta dan juga ratusan komen yang teruja dengan situasi tersebut.

Baca juga: “Tiap hari makan telur kicap dan sardin”, tak sangka ini yang berlaku pada Salih Yakob sekarang