Seorang pembantu rapat kepada ketua angkatan tentera Ukraine telah terbunuh selepas sebutir bom tangan yang diterimanya sebagai hadiah hari jadi meletup semasa dibuka, seperti yang dilaporkan oleh Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Mejar Hennadiy Chastyakov, yang berusia 39 tahun, pulang ke rumahnya ketika kejadian dengan membawa beberapa bungkusan hadiah daripada rakan-rakannya. Dia kemudian membuka semua hadiah bersama anak lelakinya yang berusia 13 tahun.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Ihor Klymenko, anak Chastyakov memusing pencucuh bagi bom tangan tersebut sebelum ia dirampas oleh askar tersebut.
“Apabila dia merampas bom tangan itu daripada tangan anaknya, ia menyebabkan letupan berlaku,” kata Klymenko.
Anak lelaki Chastyakov mengalami cedera serius, manakala lelaki itu sendiri terbunuh dalam insiden tersebut.
Baca juga: Terlebih ‘bijak’! Budak 8 tahun panjat, tabur pasir atas enjin Lamborghini