Suami isteri warga Perancis telah ditahan oleh pihak berkuasa Sepanyol atas tuduhan merancang untuk melakukan kejahatan terhadap anak lelaki mereka yang berusia lima tahun di Gurun Sahara.
Pada 21 Disember yang lalu, pasangan tersebut telah ditahan di pelabuhan Algeciras di selatan Sepanyol semasa keluarga itu sedang bersedia untuk menaiki feri menuju ke bandar Tangiers di Maghribi.
Dalam satu kenyataan, pasukan polis Guardia Civil mengesahkan penahanan suami isteri tersebut yang didakwa berniat untuk membunuh anak lelaki mereka yang berusia lima tahun di Sahara.
Pasangan tersebut mendakwa kanak-kanak tersebut dirasuk dan harus dihapuskan.
Pasangan tersebut dikatakan mengalami masalah kesihatan mental, dan Guardia Civil mengatakan terdapat waran tangkap Eropah berhubung dengan penculikan kanak-kanak di bawah umur.
Baca juga: Isteri jutawan Dubai dedah suami bayar RM1.4 juta setiap kali hamil -“Harga takboleh runding”