Seorang penganggur sanggup bagi isteri duit haram untuk kegunaan perbelanjaan harian. Namun, tindakannya itu mengundang padah apabila dia bersama seorang rakan ditahan polis hari ini di Taman Seri Watan dan Bandar Baru Ampang pada 1.15 pagi, hasil risikan dan maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penahanan suspek dibuat oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya lappr Harian Metro.
Menurutnya, suspek sebelum ini dilapor menyamun kedai serbaneka di Taman Ampang Mewah pada 3.30 pagi, 29 Julai lalu menggunakan pisau pemotong sayur dan melarikan wang tunai RM331 dari kaunter.
“Hasil risikan, polis kemudian menahan suspek yang juga seorang pengganggur bersama senjata, pakaian dan kenderaan yang digunakan ketika kejadian.
“Suspek melakukan samun seorang diri dan membahagi wang hasil samun kepada seorang lagi suspek,” katanya.
Katanya, polis percaya dengan penahanan suspek, dua kes termasuk kecurian kedai emas di sekitar Ampang pada akhir Julai lalu dan awal bulan ini berjaya diselesaikan.
Beliau berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda serta sebat.
Baca Juga: Dadah 15.88 kg dalam bungkusan teh cina cuba diseludup, suami isteri dicekup
Baca Juga: Budak ‘intern’ pergi kerja guna duit untuk isi minyak, munasabahlah jika mereka tanya soal elaun