Sanggup cerai sampai 3 kali dalam masa setahun sebab nak tukar nama keluarga

Sanggup cerai sampai 3 kali dalam masa setahun sebab nak tukar nama keluarga. Inilah situasi yang berlaku di Jepun apabila pasangan tiada sepakat mengenai pengunaan nama keluarga selepas kahwin.

Berkahwin dan bererai 3 kali setahun adalah keputusan pasangan kekasih di Jepun yang terpaksa mengambil langkah itu supaya boleh bergilir-gilir menggunakan nama keluarga.

Menurut akhbar Mainichi Shimbun, undang-undang di Jepun dengan jelas menyatakan pasangan mesti bersetuju dengan satu nama keluarga untuk digunakan selepas mereka berkahwin.

Tetapi terdapat juga beberapa kes di mana pasangan tidak dapat memutuskan nama keluarga yang mana mereka mahukan.

Contohnya, pasangan kekasih muda dari bandar Hachioji di pinggir Tokyo, mendapati diri mereka berhadapan dilema apabila mereka memutuskan untuk mengikat tali pertunangan selepas beberapa bulan pacaran.

“Suami saya (tunang ketika itu) berpendapat wanita harus mengambil nama keluarga suami mereka.

“Saya tidak bersetuju dengan hal tersebut jadi kami bertengkar.

“Sebagai bakal isteri, saya merasa sangat kecewa kerana tidak dapat mengekalkan nama keluarga saya, pada masa sama tunang saya juga mengadu hal ini kepada rakan-rakannya,” ujar pekerja pejabat itu.

Kemudian mereka mendapat maklumat mengenai pasangan lain yang mengalami masalah sama berjaya menyelesaikannya dengan bercerai secara berkala dan berkahwin semula di bawah nama keluarga pasangan lain.

Pada 2016 mereka berkahwin buat kali pertama dengan menggunakan nama keluarga si suami selama tiga tahun.

Kemudian pada 2019, mereka bercerai dan berkahwin semula dengan menggunakan nama keluarga si isteri.

Julai tahun ini akan menyaksikan mereka bercerai kali ketiga dan selepas itu mereka akan berkahwin semula.

Walaupun agak sukar menjalani kehidupan seperti ini, namun itulah satu-satunya jalan penyelesaian yang boleh diterima mereka.

Alternatif lainnya adalah mereka perlu ke luar negara dan berkahwin dengan nama keluarga masing-masing sebelum pulang ke Jepun dan meminta mahkamah Jepun mengiktiraf status perkahwinan mereka walaupun dengan nama keluarga berbeza.

Mereka lebih memilih kahwin cerai bergilir-gilir kerana ia adalah proses yang lebih mudah buat mereka.

Baca Juga: Juara Masked Singer 2 milik Rambutan, Shila Amzah kembali juara selepas AJL

Baca Juga: Umno tidak akan jual prinsip untuk genggam kuasa dengan Mahiaddin