Sanggup habiskan RM26.7 juta (AS$6 juta) untuk tali pinggang kejuaraan milik legenda Muhammad Ali. Tali pinggang tersebut dibeli oleh pemilik pasukan bola sepak Colts di Indianapolis, Jim Irsay menerusi satu acara lelongan.
Ia merupakan tali pinggang kejuaraan WBC yang dimenangi Muhammad Ali pada tahun 1974 dalam kejohanan Rumble in the Jungle selepas menewaskan lawannya, George Foreman di Zaire lapor stesen penyiaran ESPN.
Sanggup bersengkang mata untuk beli
Irsay memenangi bidaan tersebut setelah melalui proses yang memakan masa sehingga hampir pukul 4 pagi kelmarin.
Tali pinggang kejuaraan tersebut dianggap sebagai salah satu contoh memorabilia tinju paling berharga yang pernah wujud.
Menurut firma lelongan Heritage Auctions, tali pinggang tersebut adalah satu daripada hanya dua tali pinggang WBC yang dimiliki Muhammad Ali.
Satu lagi kini disimpan dalam koleksi muzium persendirian dan berkemungkinan tidak akan dijual.
Ia juga merupakan koleksi terbaharu bagi memorabilia Muhammad Ali yang dimiliki Irsay. Beliau sebelum ini telah membeli sepasang kasut yang pernah dipakai legenda tinju itu pada tahun 1957 ketika kejuaraan Thrilla in Manila. – Agensi
Baca Juga: Semakin banyak garis kedut di muka, Mike Tyson percaya ‘waktunya’ bakal tiba
Baca Juga: Cadangan naikkan kadar RMT akan diusul dalam Belanjawan 2023