Sanggup jual Lamborghini Aventador untuk derma kepada Palestin, ‘hati mulia’ Aeril Zafrel dipuji netizen

Selepas setahun memiliki kereta mewah jenama Lamborghini Aventador sebagai hadiah daripada isteri tercinta, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel mengambil keputusan untuk menjual kenderaan berwarna kuning tersebut.

Mengambil kira bahawa kenderaan itu jarang digunakan, Aeril atau Suhairil Sanuri, 35 berkata dia telah membuat keputusan untuk menjual kereta tersebut dan sebahagian daripada hasil jualan tersebut akan digunakan untuk tujuan amal, termasuk sumbangan kepada Palestin.

“Selamat tinggal Lambo. Jarang sangat pakai kereta ini, jadi jual saja la.

“InsyaAllah sebahagian hasil ini kita derma kepada Palestin,” katanya.

Aeril berkongsi perkara tersebut di Instagram story miliknya pada hari Rabu.

Dalam hantaran tersebut, Aeril juga memuat naik video di mana beliau mengucapkan selamat tinggal kepada kenderaan tersebut selepas ia diserahkan kepada orang lain.

“Selamat tinggal kuning (panggilan untuk kereta),” ujarnya berserta tanda sedih.

Baca juga: “Jiran cakap suami balik rumah pegang tangan perempuan lain, menggigil badan aku bila nampak suami dengan adik sendiri buat maksiat..”