Bagi pasangan yang ingin berumahtangga, perlulah menyimpan untuk wang hantaran dan juga kelengkapan untuk kenduri bagi kedua belah pihak.
Selain menyimpan, perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melalui alam perkahwinan lebih-lebih lagi lelaki kerana perlu menjadi ketua keluarga.
Kisah benar ini menunjukkan lelaki ini yang berusaha sebaik mungkin untuk menghalalkan wanita dicintainya namun dikhianati berulang kali.
Assalamualaikum. Aku lelaki yang baru berkahwin, umur 27 tahun. Ni kisah aku sebelum kahwin. Aku diberi janji palsu, hanya untuk menutup kecewa seseorang yang aku gelarkan Suria. Suria ni perempuan yang berumur 2 tahun muda dari aku dan masa aku kenal dia, dia masih belajar di Universiti di sebuah negeri luar semenanjung (Sabah dan Sarawak).
Disebabkan dia belajar jauh jadi kami berjumpa bila dia cuti semester sementara aku bekerja di Selangor. Bagaimana aku kenal dia? Haa, sebenarnya kampung aku tu kampung mak dia, jadi kenal masa raya la senang cerita.
Masa aku pertama kali aku tengok dia, terus cair beb. Aku akui Suria ni pandai make up. Bagi aku dia memang cantik lebih kurang Neelofa. Hehe. Lepas dah minta nombor dengan sepupu dia, dapat la aku mengayat Suria ni.
Niat mulanya aku nak berkawan je, tapi dia yang confess dulu. Haa, lupa nak bagitahu rupa aku ada iras – iras Izzue Islam sikit. Bukan aku cakap, tapi kawan-kawan yang cakap. Hehe. Sebab tu Si Suria FM ni terpik4t kot. Haha.
Kisah bermula selepas kami couple. Aku minta nak jumpa parents Suria ni. Sebab memang niat aku nak memperisterikan dia. Mulanya dia bagi bermacam-macam alasan. Cakap parents sibuk lah, al maklum lah parents kerja besau – besau, sibuk dia tu lain macam.
Tapi aku ni cerdik, aku minta nombor telefon parents dia, aku cakap atleast mereka tahu awak tu dah berpunya. At last dia bagi. Diringkaskan cerita, mak Suria awal – awal dah letak syarat, anak dia kalau nak kahwin kena umur 25 tahun ke atas, masa belajar tak boleh kahwin.
Ok, masa tu aku boleh terima lagi. Masuk la bab hantaran, kome nak tahu berapa dia letak harga jual? 15k beb, alasan ada ijajah. Siap pesan aku simpan duit, 2 tahun lagi boleh masuk meminang. Aku sayang suria masa tu, bagi aku 15k tu pejam mata boleh dapat.
Aku dah siap planning, sebulan kena simpan berapa. Sebab sayanggggg. Bermula pend3ritaan menyimpan duit. Aku bukan sekadar simpan duit untuk hari berbahagia nanti, tapi bulan – bulan aku kena simpan jugak untuk Suria, rumah sewa dia, tiket flight, make up dia.
Dalam masa tu aku dah tanggung dia. Tapi bagi aku its ok aku sayang dia. Macam aku cerita sebelum ni, aku jumpa dia masa cuti semester dia je. Tapi ada satu cuti semester ni aku pelik sebab dia tak nak balik. Aku dah nak book tiket flight tapi dia m4ti – m4ti halang aku.
Alasannya dia ada kerja berkaitan dengan kajian akhir sem. Aku jenis kalau aku nak buat, aku buat sampai jadi. Tanpa pengetahuan dia, Aku book jugak tiket flight tapi bukan untuk dia, untuk diri aku. Aku ambil cuti dari kerja, aku sanggup merentasi benua – benua untuk berjumpa dia.
Kiranya nak buat suprise. Turun dari flight, aku terus ke rumah sewa dia, tengok luar kosong. Mungkin semua housemate dia balik kampung. Aku cuba call, tak berjawab. Aku bagi salam. Sepenuh hati aku jerit, kot dia tidur.
Lepas tu, krek! Pintu terbuka. Terbonjol satu kepala bertutup dengan tuala. Oh housemate dia. Aku terus tanya Suria Bt FM ada? Terus bagi nama penuh. Dia cakap Suria dah keluar. Aku tanya dengan siapa? Dengan muka hairan, si housemate dia cakap Suria dengan laki, dia ingat tu BF suria sebab dia sekadar Housemate yang tak rapat dengan Suria. Haa sudah, sape pulak. Aku keep positif, rilek tarik nafas.
Kebetulan depan rumah Suria ada taman, aku tunggu situ 2 – 3 jam. Tak balik lagi. Aku pon jalan depan sikit ada surau, lepas solat aku doa sungguh-sungguh, minta Allah tunjuk semuanya. Kalau betul dia bukan jodoh aku, aku minta Allah jauhkan aku dengan dia.
Menitik jugak air mata jantan aku. Lepas solat, aku fikir lebih baik aku cari hotel dulu untuk mandi dan berehat. Aku minta pakcik teksi bawa aku ke hotel terdekat. Ada satu tempat tu berlambak hotel, dalam hati Allah permudahkan.
Dah check in hotel, aku call lagi. Masih tak berjawab. Aku masih positif lagi. Senyum sorang – sorang sambil pegang d4da tenangkan hati sendiri. Mandi, amik wudhuk solat magrib, lepas tu sekali lagi aku doa sungguh – sungguh.
Dalam pukul 10 malam, aku siap – siap nak keluar. Perut dah memanggil makanan. Last aku makan pukul 10 pagi tadi. Keluar je hotel, jalan kaki je, depan ada restoren. Aku masuk je, malas nak fikir panjang dan aku duduk betul – betul depan jalanraya. Depan tu ada hotel. Hotel aku sebelah kanan sikit.
Sambil tunggu makanan, aku pandang je jalan. Baru je aku ambil handphone nak call Suria, aku nampak 2 orang couple keluar dari hotel. Dan memang tak silap, aku tak rabun lagi. Perempuan tu Suria !! Aku terus lari kat depa.
Dari belakang aku tarik tangan Suria, aku tak tengok langsung lelaki sebelah dia. Suria terk3jut beruk engkauu. Sambil terketar – ketar aku tanya ape kau buat ni. Suria berlagak tenang. Masih cantik macam mula-mula aku kenal.
Diringkaskan cerita, aku ajak diorang berbincang. Rupanya lelaki tu ialah bekas kekasih dia, aku gelarkan sebagai Shuib. Suria tak dapat nak lupakan Shuib tu. Sebab mereka dah banyak kali terlanjur sebelum ni. Kira macam ket4gih. Aku diam.
Air mata nak menitik tapi aku tahan. Sambil sebak aku bagitahu kita dah tak de apa – apa hubungan. Suria masih tenang. Sebenarnya korang, sebelum ni Suria dah awal – awal bagitahu dia dah tak suci. Tapi aku boleh terima dia.
Dan untuk pengetahuan korang, Suria pernah goda aku untuk buat benda tu tapi aku bagi alasan tak lama lagi kita nak kahwin dah, sabar. Dengan apa yang berlaku ni buat aku sangat kecewa. Berbulan aku senyap, tak keluar lepak, tak keluar pegi gym. Aku rawat hati aku sendiri.
Tapi aku bersyukur, dengan semua yang berlaku ni, buat aku lebih dekat dengan pencipta kita. Apa yang berlaku kat aku dan Suria selepas itu? Suria dah tak cantik macam dulu. Dan aku, Allah hadirkan seorang persis bid4dari.
Walaupon isteri aku tak seindah Suria namun dia bid4dari hatiku. Nanti lah kalau aku rajin lagi aku cerita. Pesanan aku untuk yang tengah heartbroken, ingat la Allah tak saja – saja tentukan semua ni. S4kit memang s4kit tapi korang akan tersenyum puas dengan apa yang korang akan dapat.
Dan cantiknya seseorang itu bukan pada rupanya tapi pada hatinya. “Begitulah fitrah. Kejar cinta Allah, perbaiki diri sebaiknya. Kemudian Allah akan hadirkan untuk kita pasangan yang sebaiknya. Carilah Allah. ” – Mr K
Baca juga: Pecah rekod dunia, lelaki ini tanam timun gergasi seberat 13kg