Seorang nelayan di bandar Karachi, Pakistan, menjadi kaya raya dengan segera setelah menangkap beberapa ekor ikan yang jarang ditemui dan mempunyai banyak manfaat dalam perubatan.
Berita dari laman Wion News melaporkan bahawa Haji Baloch yang tinggal di perkampungan nelayan Ibrahim Hyderi, berjaya menangkap ikan yang jarang ditemui bersama pekerjanya di Laut Arab pada hari Isnin yang lepas.
Ikan yang berjaya ditangkap oleh Baloch dikenali sebagai ikan emas atau ‘Sowa’ dalam dialek tempatan.
“Keseluruhan hasil tangkapan ini dijual pada harga kira-kira 70 juta rupee (RM1.16 juta) di pelabuhan Karachi pagi semalam ketika nelayan itu melelong hasil tangkapan mereka,” kata Mubarak Khan dari Forum Rakyat Nelayan Pakistan.
Ikan Sowa merupakan sejenis ikan yang jarang ditemui dan dianggap bernilai tinggi. Berat puratanya adalah antara 20 hingga 40 kilogram, dengan panjang boleh mencapai 1.5 meter. Ikan ini sangat popular di negara-negara Asia Timur.
Bahan yang terdapat dalam perut ikan Sowa mempunyai khasiat perubatan dan penyembuhan yang hebat. Doktor juga menggunakan bahan seperti benang yang terdapat dalam badan ikan Sowa dalam beberapa prosedur pembedahan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit.
“Kami sedang memancing di laut Karachi apabila kami terserempak dengan tembolok ikan emas yang besar ini dan ia adalah rezeki yang tidak disangka untuk kami,” katanya.
Baloch menyatakan bahawa hasil wang dari jualan itu akan dibahagikan di antara tujuh anak kapalnya.
Baca juga: Barista ini kongsi resepi coffee dari kafe terkenal, siap tunjuk cara bancuhan lagi!