Presiden Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman FC, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin MD Nor sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan balas kepada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah memaparkan satu hantaran di laman Instagram rasminya berhubung isu yang sedang berbangkit.
Baginda telah menghubungi secara terus Dato’ Seri Sanusi secara terus sambil memuji tindakan pihak pengurusan yang segera melangsaikan tunggakan gaji tersebut.
Tambahnya lagi, jika beliau memerlukan seseorang untuk menjaga kesihatan dan diet, baginda secara terbuka menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan.
Namun begitu, ia mendapat respon pantas daripada Dato’ Seri Sanusi yang menyatakan bahawa beliau sudah lama berkecimpung dalam bola sepak dan juga bidang pengurusannya.
‘Hang tak pakai seluaq (seluar) lagi aku dah main bola dah, la (sekarang) ni pun dok (sedang) main bola lagi, diet apa diet?’
Ini sekaligus menghangatkan lagi situasi sungguhpun niat asal baginda Tunku adalah untuk mengingatkan pengurusan mana-mana pasukan agar sentiasa mengutamakan kebajikan pemain.
sumber : makan bola