Kecoh hari ini di media sosial mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor ‘bergaya’ dengan kereta mewah baharunya.
Dakwaan ini timbul apabila nombor plate kereta yang dipakai pemimpin Pas itu sama dengan kereta baru yang diperlihat netizen di jalan raya.
Netizen mendakwa nombor plate ‘KCX 8’ itu dipasang pada kereta Hyundai Palisade yang paling terbaru di pasaran.
Carian TML menunjukkan harga kereta ini bernilai hampir RM400K di pasaran Malaysia.
Di ruangan komen pula rata-rata netizen memerli MB Sempoi itu dengan mengaitkan dengan isu guru Pasti yang hanya bertaraf sukarelawan bukanya pekerja.
Daenarys menulis: Cikgu pasti sukarelawan tumpang gembira kerana dijanjikan syurga”
Ng PG pula menulis: “Gaji dan elaun dia tetap jalan, tak macam gaji agro kena delay 8 bulan”
baca: Usahawan viral dikecam guna sarung tangan ‘jamban’ gaul air asam, sekali KKM pulak komen