Sanusi beri ‘hint’ dah kahwin dengan anggota polis?

Baru-baru ini, status perkahwinan Muhammad Sanusi sekali lagi trending di laman sosial selepas timbul dakwaan mengatakan beliau sudah berkahwin lagi dengan seorang pegawai polis yang terlibat dalam siasatan REE sebelum ini.

Malah gambar seorang wanita yang didakwa isteri kedua Muhammad Sanusi turut tersebar di laman maya.

Semalam dalam ucapan Sanusi dalam program SG4 mencetuskan lagi spekulasi berhubung isu perkahwinan beliau dengan seorang penjawat awam.

Malah, kiasan beliau mengenai topik itu turut diselit dalam ucapannya berhubung perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah sempena Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4) di Bandar Baru Bangi, Selangor pada Isnin.

“Saya hampir ditangkap tetapi Alhamdulillah saya berjaya ‘menangkap’ orang yang nak menangkap saya,” katanya.

Ucapan pada persidangan itu turut disiarkan secara langsung di media sosial sebelum tular.

Sambil tertawa, beliau bertanyakan kepada penonton sama ada mereka memahami maksud di sebalik ucapannya itu.

Pernah dikaitkan dengan isu tersebut sekitar April lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menafikan dirinya sudah berpoligami.

“Masih seorang,” kata Sanusi secara berseloroh sambil menjeling ke arah isteri beliau, Tok Puan Jusmalailani Jusoh ketika itu. 

Baca: Lelaki ini tetap tak nak jual akhbar bertarikh 31 Ogos 1957, “ada yang offer ribu..”