Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui beliau sudah berkahwin dengan seorang anggota polis, baru-baru ini.
Beliau berkata, pengakuan itu dibuat kerana beliau tidak mahu kisah peribadinya terus menjadi bualan dan menjadi spekulasi sehingga ada yang mendakwa beliau ditangkap berkhalwat.
“Ada ka saya kena tangkap khalwat, tak patut sungguh, saya kahwin dengan anggota polis, isteri saya (Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh) pergi meminang dia, pinangan itu dibuat berbulan-bulan dah. Alhamdulillah sempurna, teratur. Dia seorang ibu tunggal anak satu.
Dalam sidang medianya, Sanusi menceritakan pengalamannya berkenelan dengan isteri keduanya ini yang juga seorang pegawai polis.
Menurut Sanusi, beliau berkenalan dengan isteri barunya ini ketika siasatan bom di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Ketika itulah detik perkenalannya.
Pegawai polis itu merupakan pegawai penyiasat bagi kes berkenaan.
Tambah Sanusi lagi, isteri barunya yang juga pegawai polis ketika itu sering mengikuti isterinya ke kelas mengaji bersama lalu menjadi rakan isterinya.
“Tak bercinta pun. tak berjumpa, kami bercinta selepas nikah”
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menafikan kenyataannya berhubung dia berjaya menangkap orang yang mahu menangkapnya semasa berucap pada Sidang Kemuncak State Government (SG4) baru-baru ini mempunyai kaitan dengan isteri baharunya itu.
baca: Pasangan murah hati beri tips rahsia jimat sabun pencuci, tak sangka video tular 2.3 juta tontonan