Perkara ini masih belum selesai, titah Sultan Selangor berkenaan isu Menteri Besar Kedah didakwa menghina Sultan Selangor.
Memetik facebook Selangor Royal Office hari ini, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, YDH CP Dato’ Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Tulisan itu juga memetik menyentuh mengenai pertemuan secara berasingan membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor.
Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai, kata tulisan itu seperti dipetik.
Minggu lalu, ucapan Sanusi yang juga ketua pengarah pilihan raya PN itu dalam ceramahnya baru-baru ini, membuat perbandingan antara Sultan Kedah dan Sultan Selangor dalam melantik Amirudin menjadi menteri besar yang dilabelnya sebagai “cokia”.
“Sultan Kedah sampai sekarang dari satu susur galur tak pernah putus, itulah Kedah Darul Aman, hebatnya Sultan Kedah begitu teratur, bukan ‘koman-koman’, tengok menteri besar (Kedah).
“Sultan hebat macam itu (Kedah) tak akan pilih menteri besar ‘cokia’ macam Amir (Amirudin) tu. Inci pun tak berapa cukup, tarik balik fasal inci,” ucapnya.
baca: Raut wajah persis ibunya, kecantikan Puteri Ameerah anak Sultan Brunei raih perhatian netizen