Sarung tudung sebab ‘job’ berbayar, Che Ta sindir selebriti ‘freehair’

Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa kekesalan apabila ada sesetengah golongan selebriti yang hanya menyarungkan tudung apabila menerima tawaran kerja namun bukan kerana perintah Allah.

Rozita, 51 berkata selebriti wanita di negara ini dan secara umum perlulah menutup aurat kerana perintah allah, bukan atas sebab duniawi semata mata.

“Ramai orang perempuan dekat luar sana terutamanya selebriti sanggup sarung tudung cuma sebab dapat bayaran.

“Jadi model tudung bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dengan bayaran.

“Jangan macam itu, malu dengan Allah. Allah tak suruh buat tapi manusia suruh, terus buat sebab duit. Nauzubillah,” katanya.

Rozita berkongsi nasihat itu ketika membuat video bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, di aplikasi TikTok.

Namun, kapsyen ditulis oleh isteri Zain Saidin itu mencuri perhatian netizen.

“Dia (Aaisyah) kata bulan puasa di nak pakai tudung. Saya kata pakai tudung ini bukan bulan puasa sahaja.

Baca juga: Ibu nak kahwin baru sanggup ‘campak’ anak di pusat kebajikan, alasan sebab suami baru tak suka ‘anak bukan dari benih dia’