Ramai yang tidak mengetahui kes kematian seorang lagi pelajar selepas pemergian Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Amirul Nashriq Othman yang dipercayai lemas ketika beriadah bersama 7 orang rakan-rakannya.
Sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku, keluarga arwah Amirul Nashriq dikatakan menghantar gambar menunjukkan dadanya lebam lebam selepas dikasari sekumpulan pelajar senior.
Meskipun sempat disuruh pulang ke kampung untuk menjalani ujian xray, 2 hari kemudian arwah dikhabarkan ‘tewas’ selepas bermandi-manda yang menyebabkan timbul pelbagai keraguan dari keluarganya.
Berikut merupakan beberapa keraguan lain yang pernah disenaraikan oleh kakak Allahyarham, Norzulaikha Othman, lebih 6 tahun lalu :
1) Selepas pemergian Amirul dimaklumkan, bapanya iaitu Othman Yusoff mendapat panggilan daripada pihak UPNM yang mendesak untuk berikan kebenaran jalankan autopsi ke atas Amirul.
2) Apabila sampai di pusat rawatan di Bentong, mereka terkejut kerana kesan jahitan Amirul sudah kering (dipercayai sudah diautopsi beberapa jam lebih awal tanpa persetujuan keluarga).
3) Kad pengenalan & barang peribadi Amirul sewaktu hari kejadian tidak diserahkan kepada keluarga.
4) 7 rakan yang berada di lokasi kejadian tidak mengikuti proses menguruskan pengebumian atas alasan dilarang oleh pegawai UPNM yang mengarahkan mereka pulang ke institusi berkenaan.
Baca juga: Datin Red sayu kemas baju bekas suami, akui masih ada perasaan -“Separuh jiwaku pergi”