Satu Malaysia kena tipu! Rossa Sera bertunang hanya gimik?

Susulan bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera dikatakan bertunang bagaimanapun netizen fikir itu adalah gimik sebab wajahnya tidak disolek seperti orang bertunang.

“Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang ‘breakout’,” kata Rossa Sera.

Berkongsi mengenai fasa seterusnya, Sera memaklumkan dia dan tunang akan melangsungkan pernikahan tahun depan.

Rossa Sera, mengesahkan mengenai majlis pertunangannya yang tular sejak dua hari lalu dan ia bukan gimik sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Katanya, 31, majlis pertunangannya dengan lelaki berusia 38 tahun itu berlangsung di kediaman keluarga bapa saudaranya, di ibu kota.

“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” katanya.

Sera pada masa sama turut mengharapkan agar bakal suami dapat menerima dia dan keluarganya seadanya.

“Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya. Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama,” katanya lagi.

Untuk pengetahuan semua Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Perkahwinan mereka bagaimanapun berakhir selepas kedua-duanya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, 22 Mac lalu.

Baca juga: Anak Siti Nurhaliza selamat sampai di selatan Gaza buat ramai terkejut