Satu Malaysia kena tipu, rupanya Mimi Lana dan Syafiq Kyle masih bersama!

Tular satu video Mimi Lana makan bersama dengan Syafiq Kyle nampak seolah-oelah tidak berlaku apa-apa yang membuatkan mereka boleh duduk bersama. Harap begitulah.

Video yang dimuat naik di media sosial Tiktok milik @aroimakmak_ahanthai yang mengejutkan dan menarik perhatian ramai.

Melalui video berkenaan, memaparkan Mimi Lana dan Syafiq Kyle sedang makan bersama di sebuah kedai yang menyediakan makanan ‘Ala Thai’.

“Kita tiap-tiap minggu datang sini tau, semua makanan sedap ada sup, ada somtam, ada yang kita tak order juga iaitu miang pla tu the best tapi hari ini kita try ikan bakar dia”-kata Mimi Lana

Rata-rata netizen teruja melihat Mimi Lana dan Syafiq Kyle makan bersama.

Mereka juga mendoakan juga agar Mimi Lana dan Syafiq Kyle dapat kembali bersama kerana mereka berdua kelihatan serasi sebagai pasangan.

Terdahulu, umum mengetahui bahawa Mimi Lana tidak meneruskan pernikahannya dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Syafiq Kyle dan dia juga tidak menyatakan mengapa mereka bertindak sedemikian.

Sehingga kini sejauh mana hubungan mereka berdua sama ada ke jinjang pelamin atau sebaliknya.

@aroimakmak_ahanthai

Artis yg paling humble dan sporting makan kat gerai. Favs both of them miang pla. #mimilana #syafiqkyle #aroimakmak #thailand #setapak #meecelup

♬ original sound – umai – umai

Mimi Rozaiana Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Mimi Lana yang merupakan seorang pelakon dan model wanita di Malaysia.

Memulakan kerjayanya selepas menyertai program realiti Dewi Remaja pada tahun 2014/2015.

Sejurus tamat menyertai program berkenaan, Mimi Lana disunting untuk membintangi beberapa drama televisyen seperti ‘Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa’, ‘Sein dan Luna’, ‘Halalkan Hati Yang Ku Curi’ dan lain-lain.

Oleh kerana sering muncul dikaca televisyen, nama Mimi Lana terus melonjak naik dan semakin dikenali ramai sehingga kini.

Baca juga: “Maaf tak diterima, berlagak!”-Label orang Melayu pemalas founder Kemboja mohon maaf