“Saya ada semua dokumen, saya akan lawan!” – Azam Baki

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berikrar untuk menentang dakwaan salah laku terhadapnya.

Dipetik dari Malaysiakin,ini di tengah-tengah siasatan polis terhadapnya selepas didapati bahawa dia memiliki berjuta-juta saham dan waran dalam dua syarikat senaraian awam semasa memegang jawatan sebagai pengarah siasatan SPRM.

Azam mendakwa adiknya telah menggunakan akaunnya untuk membeli saham itu, dan telah menafikan salah laku.

“Saya ada semua dokumen, saya akan lawan,” katanya dipetik MStar hari ini.

Ditanya khabarnya, dia menjawab: “Saya ok, masih bekerja dan tidak bercuti”.

Secara berasingan, Berita Harian memetik Azam sebagai berkata dia bersedia untuk menghadapi jawatankuasa aduan SPRM dan akan menyerahkan perkara itu kepada Lembaga Penasihat Pecegahan Rasuah (LPPR).

Pengerusi LPPR SPRM Abu Zahar Ujang sebelum ini membela Azam dan membersihkannya daripada melakukan salah laku.

Bagaimanapun, enam ahli lembaga pengarah yang lain mempertikaikan perkara ini dengan mengatakan Abu Zahar hanya bercakap atas kasapsitinya sendiri.

Ahli lembaga pengarah berkata mereka telah mencadangkan supaya kes Azam dirujuk lagi kepada sama ada jawatankuasa bebas, jawatankuasa pilihan parlimen mengenai rasuah atau panel aduan SPRM.

Bagaimanapun, mereka berkata pandangan ini tidak dinyatakan oleh Abu Zahar semasa sidang media Rabu lalu.

Mereka juga menegaskan bahawa panel itu tidak mempunyai kuasa penyiasatan kerana ia ditubuhkan sebagai lembaga penasihat.

Pemilikan saham Azam telah menimbulkan persoalan sama ada ia sepadan dengan pendapatannya sebagai penjawat awam dan kebimbangan konflik kepentingan.