Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin atau lebih dikenali dengan nama Ijat meluahkan rasa terharu dan gembira apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah usap perutnya sambil berdoa supaya dikurniakan zuriat.
Dalam hantaran terbaru di Instagram miliknya, Ijat menulis Pemaisuri Agong mengusap perutnya untuk memberi ‘berkat’ ketika memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Tindakan Tunku Azizah berkenaan membuatkan Elizad tersentuh hati sekali gus berasa gembira atas keprihatinan yang ditunjukkan.
“Elizad, saya baru balik dari Haji ni (sambil usap perut kita).
“Insya-Allah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi,” kata Tunku Azizah.
“Saya sangat terharu. Gembira, terharu, happy semua ada,” balasnya.
Difahamkan, Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Tanah Suci pada 21 Jun lalu.
Pada 2 Julai lepas, Tunku Azizah dan YDPA telah selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.
Elizad turut memaparkan beberapa keping gambar semasa pertemuannya dengan Tunku Azizah di sebuah acara golf amal di Impian Golf & Country Club, Saujana Impian, Kajang semalam.
“Terima Kasih Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah dari Tuanku yang tidak henti-henti dari dulu lagi,” tulisnya di Instagram sambil luah rasa syukur.
Elizad kemudiannya menyatakan dia tidak meminta apa-apa daripada warga maya namun berharap agar doa Tunku Azizah itu diaminkan oleh orang ramai.
“Tidak mahu apa-apa, nak minta Amin kan sahaja,” tambahnya.
Sambil itu, melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan supaya pelakon itu dikurniakan rezeki anak dan bermohon supaya dia tidak berputus harapan.
Rakan-rakan artis turut tidak ketinggalan meninggalkan komen mengaminkan doa oleh Tunku Azizah tersebut.
Antaranya, Sherry Alhadad, Kaka Azraff, Janna Nick, Bella Astillah dan lain-lain.
Imbas kembali, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 2015 bagaimanapun mereka berdua belum direzekikan zuriat.
Selama lapan tahun, dia telah melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebagai usaha untuk memperoleh cahaya mata.
baca; Kenapa suara pembaca berita semuanya sama? Akak Buletin Utama dedah rahsia ini