Nafkah isteri dan anak-anak wajib ke atas seorang suami untuk menjalankan kewajiban itu. Meskipun, suami dan isteri telah berpisah nafkah anak-anak akan tetap di bawah tanggungjawab si ayah.
Hari ini, ramai yang tidak menitik beratkan perkara ini dan mengabaikan tanggungjawab atas anak-anak. Jika setiap orang faham apa makna jodoh pertemuan, hidup mati, dan rezeki itu adalah ketentuan Allah, maka saya rasa tak ramai manusia yang menderita hidupnya.
Terutama ibu-ibu tunggal tetapi oleh kerana kurang faham, tak mahu faham dan berkeras mahu orang kesayangannya ikut kehendaknya, maka sana sini kita dengar ramai pasangan suami isteri bercerai berai.
Namun sebagai manusia kita tidak boleh nafikan kita sering kalah kepada kehendak dan nafsu demi mencapai kebahagiaan hidup yang kita idamkan. Hingga terlupa bahawa Allah adalah perancang terbaik untuk kita. Kerana tak mahu faham kewujudanNya dan perancangNya adalah yang terbaik.
Maka saya tak malu mengaku kelemahan saya dalam melalui hidup yang penuh cabaran ini. Saya bertindak kerana terlalu sakit hati dan terasa diri ditipu oleh orang yang amat kita sayang.
Terus terang saya ceritakan kerana kelemahan saya terlalu mengikut hawa nafsu yang jahat ini, saya pernah serang kekasih suami sambil tuduhnya dia perampas suami orang. Saya tunggu di tepi pagar rumahnya ketika dia balik kerja.
Sebelum sempat dia mengaku namanya Nani, payung saya sudah sampai ke kepalanya, ke badan dan tangannya. Walaupun dia berusaha menahan, tetapi dia kalah dengan payung saya yang lebih kuat itu.
Memang dia cuba meIawan dan bertahan, tetapi kerana saya besar sikit, dan saya sudah buat persediaan, sudah pasti saya dapat membeIasahnya. Setelah puas hati membeIasah dan dileraikan oleh teman serumahnya, maka sumpah seranah saya pun bermula.
Maki hamun, umpat keji, dan kutukan satu persatu saya lepaskan untuk memuaskan hati. Memang saya puas hati ketika itu, selain dapat membeIasahnya, saya dapat maIukan dia pada teman-teman dan jiran tetangganya.
Tetapi sebaik sahaja saya sampai ke rumah, saya pulak kena maki hamun dari suami saya Farhan. Peliknya dulu dia tak pernah mengaku ada buat hubungan dengan wanita lain, tetapi malam itu walaupun dia tak mengaku, tetapi dia marahkan saya kerana menyerang wanita yang tak ada hubungan dengannya.
Dan dia kata tak kenal. Saya kata kalau tak ada hubungan, apa pasal dia mengamuk. Bukan setakat marah siap beri amaran jika saya berani pergi menyerang Nani lagi. Ini sudah lebih! Kalau tak kenal Nani kenapa membela wanita tersebut.
Dan macam mana Nani tahu nombor telefonnya dan Farhan balik cepat tunggu kepulangan saya. Kalau biasanya jam 11 malam baru balik. Tapi hari itu, 8 malam dah tunggu saya depan pintu. Oleh kerana saya tengah hot, di tambah pula kena marah dengan Farhan sudah pasti pertengkaran berterusan.
Saya kata Nani kekasihnya, jika tidak takkan dia mengamuk sakan. Farhan nafikan. Tetapi akhirnya tersembur keluar dari mulut Farhan, Nani cuma kawan biasa. Hah? Kawan biasa macam mana? Nani bukan kawan sepejabat, kawan sekolah pun bukan! Habis kawan macam mana?
Namun Farhan tetap nafikan Nani kekasihnya. Jadi saya beritahu Farhan esok saya akan jumpa Nani minta maaf kerana pukuI dan maki hamun dia. Tetapi Farhan tak izinkan. Apa hal? Nak minta maaf pun tak boleh. Malam tu hingga jam 12 malam kami masih bertengkar.
Anak-anak menangis dan ketakutan. Untung yang sulung dah 7 tahun bolehlah dia pujuk tenteramkan adik-adiknya yang tiga orang lagi tu. Memang anak saya ramai 8 tahun kahwin anak 4 orang. Mertua saya kata anak-anak saya macam anak mancis, kadangkala dia kata macam buah rambai.
Walau apa pun sindirnya saya senyum. Nak buat macam mana dah rezeki Allah nak bagi. Mertua saya tak suka cucu ramai. Katanya menyusahkan anaknya cari duit untuk besarkan anak. Tapi beliau lupa saya pun bekerja cari duit bantu anaknya.
Anak-anakkan rezeki dari Allah. Beliau tuduh saya tak makan perancang. Dua orang anaknya cuma ada 2 orang anak saja, mertua saya tak bagi beranak ramai. Nak jadikan cerita entah macam mana pergaduhan saya dengan Nani sampai ke telinga mertua saya.
Aduh!! reaksinya memang menyakitkan telinga. Saya syak Farhan sendiri bercerita dengan emaknya. Saya tak faham mengapa masalah rumah tangga mesti diceritakan kepada emaknya.
Apa yang saya kesalkan sepatutnya sebagai ibu jika anak ada masalah, tolong nasihatkan supaya Farhan jangan buat hal, sebab Farhan sudah berumahtangga dan dah ada anak. Tetapi lain pulak perangai mertua saya. Entah angin apa yang datang dia berleter dan marahkan saya kerana buat fitnah memaIukan suami.
Saya mulanya diam kerana sedar diri cuma menantu, tetapi bila dia ulang berkali-kali rasanya bodohlah saya jika tidak menjawab tuduhan liar beliau itu. Niat saya cuba terangkan cerita sebenar, tetapi mertua saya tuduh saya cemburu, tak sedar diuntung. Katanya lagi, kalau lain jantan daripada Farhan sudah pasti saya kena cerai. Amboi! cerai! saya pun bukan pendiam, saya terus cerita.
Niat saya supaya mertua saya faham, tolong nasihatkan Farhan supaya berubah. Tetapi beliau terus bersungut marahkan saya yang dituduh tak sedar diri, dapat suami baik sengaja cemburu buta. Saya cuba ceritakan Farhan selalu balik lambat.
Kalau dia baik, tentu dia bertanggungjawab sama-sama jaga anak-anak. Ini dia tak pedulikan anak-anak sibuk main telefon dan suka balik lewat, banyak kerja konon. MaIangnya mertua saya buat pekak. Satu hari kerana tak tahan dengan perangai Farhan saya tanya dia adakah dia hendak kahwin lagi? Semua dia nafikan.
Sebaliknya kalau dia ada di rumah dia lebih suka duduk sendirian, berkhayal hingga tak dengar anak jatuh dan menangis. Mata tengok tv tapi bila tanya cerita apa dia diam, atau dia kata entah. Pernah tengok Perdana Menteri berucap di tv bila tanya apa PM cakap, dia kata entah, tak penting.
Sebagai isteri, biasanya dia boleh tahu perubahan sikap suaminya. Bila kita kata dia khayal dia nafikan. Tetapi berapa lama nak sorok nak nafikan, akhirnya terbongkar juga kesilapan demi kesilapan yang terang-terang berlaku depan mata kita.
Saya bersabar dari anak bongsu umur setahun jadi tiga tahun, perangainya semakin menyakitkan hati dan mata. Sebab itu saya jalankan siasatan sendiri, cari apa sebenarnya berlaku. Akhirnya terbukti dia ada kekasih, lepas itu baru saya serang Nani.
Saya ada bukti lengkap, bukan buat serangan semberono. Saya bukan bodoh. Cuma Farhan fikir saya bodoh. Saya pun tahu undang-undang kalau tidak ada bukti saya pun tak berani serang orang, sebab saya takut didakwa ke mahkamah.
Kalau masuk penjara sapa nak jaga anak-anak saya. Bila dah dapat bukti barulah saya serang. Saya sakit hati Farhan tak mengaku ada kekasih, tetapi tak suka duduk di rumah, suka balik jauh malam. Kerja pun takkan selalu balik malam-malam.
Kecuali masa PKP, tak dapat keluar, telefon jadi taman setia, langsung tak pedulikan anak-anak. Isteri mana boleh sabar ada suami tapi membatu, tak mahu berbual sebaliknya suka cari salah kita. Keadaan tambah haru biru bila kes sudah terbongkar, hidup kami tidak aman lagi.
Kami sering perang dingin. Dua tahun lepas peristiwa itu perangai Farhan tetap tak berubah. Akhirnya tercetuslah perang besar antara kami yang berakhir ke mahkamah. Perceraian saya tak macam orang lain. Semuanya berjalan lancar.
Sebab Nani tak sabar nak kahwin, dan dia tak mahu bermadu. Demikianlah mudahnya perceraian kami, tak sampai 10 tahun kahwin saya dah jadi janda. Saya terima dengan tenang, walaupun dalam hati sakitnya Allah sahaja yang tahu.
Ditokok tambah dengan desakan mertua yang tak sukakan saya. Lepas cerai memanglah hubungan dengan Farhan terputus, dengan mertua pun sama. Saya tak hairan, inilah kenyataan hidup. Hanya emak saya tempat bergantung, mendapat nasihat dan semangat.
Lepas bercerai saya buat permohonan tuntutan nafkah anak-anak. Bab ini memang payah. 5 kali saya buat tuntutan, cuma sekali Farhan datang ke mahkamah. Alasannya PKP lah dan macam-macam. Tapi anak-anak nak makan dia tak tahu apa itu PKP.
Mereka tahu bila perut lapar mereka nak makan, nak susu. Kerana susah sangat dapat nafkah saya telefon mertua minta bantuan. Tetapi jawapan beliau memang menyakitkan hati. Bekas mertua kata kalau saya tak mampu bagi anak- anak makan hantarkan rumah Farhan. Dia boleh beri makan.
Saya kata Farhan tak pernah telefon anak-anak apa lagi bertanya khabar. Macam mana nak jaga anak, isterinya sendiri tak mahu jaga anak. Kalau Farhan tak suka dia boleh jaga anak-anak saya, sedangkan dia tak suka cucu ramai. Sekarang nak jaga pulak? Mengarut.
Lebih menyakitkan hati beliau hasut Farhan jangan beri nafkah anak-anak, takut nanti hidup saya jadi lebih senang. Nanti Farhan pulak hidup susah kerana tanggung 4 orang anak-anaknya. Dia lupakan nafkah anak-anak jadi tanggungjawab ayahnya, bukan ibunya.
Begitulah bodohnya bekas mertua saya. Sebenarnya dia kedekut. Setiap bulan dia kutip duit anak-anaknya yang sudah bekerja, tak kira dah berkahwin atau belum, setiap seorang mesti beri sumbangan. Alasannya dari kecil dia besarkan maka jadi tanggungjawab anak-anak tanggung ibu bapanya setelah bekerja.
Habis macam mana tanggungjawab ayah kepada anak-anaknya macam kes saya? Adakah tanggungjawab ibu menyara hidup anak-anak saya? Mana ayahnya? Mana datuk neneknya? Mana bapa dan ibu saudaranya? Takkan mereka tak tahu tanggungjawab anak-anak sedara yang ditinggalkan ini?
Kalaupun tak mahu bantu pun, tolonglah nasihatkan Farhan yang lupa daratan ini tentang nafkah anak. Saya rasa di sini peranan hakim Mahkamah Syariah, penasihat ataupun juru nikah, bukan setakat ingatkan tanggungjawab suami isteri selepas kahwin, tetapi juga ditakdirkan mereka bercerai.
Nafkah anak-anak paling utama, jangan sesekali siksa hidup mereka kerana kebencian si ayah terhadap ibu mereka. Ibu bapa dan adik beradik sebeIah lelaki juga mesti tahu tanggungjawab beri nafkah anak-anak saudaranya yang ditinggalkan ini.
Jangan cuma tahu hendak berebut harta pusaka ditakdirkan saudara lelakinya meninggaI dunia. MaIangnya inilah yang banyak berlaku nafkah untuk anak-anak saudara dilupakan tetapi jika harta pusaka ditakdirkan saudara lelaki mereka meninggaI dunia, mereka paling cepat menerpa, konon mereka ada hak atas harta pusaka yang ditinggalkan.’’ Itu cerita Nurhanis yang sudah bercerai 3 tahun masih belum dapat nafkah lagi.