“Saya belikan buku untuk suami, paksa dia baca buku tiap-tiap hari sampai saya pukul dia…”

Kebiasaannya kita akan diajar membaca seawal tadika lagi untuk persediaan masuk ke sekolah. Wanita ini telah berkongsi cerita tentang suaminya yang buta huruf walaupun dah berumur 30an.

Assalamualaikum. Nama saya Nia. Saya umur 20an. Saya ada suami umur 30an. Kami baru setahun lebih kahwin. Suami saya buta huruf, tak tahu menulis dan tak tahu baca quran pun. Selawat, zikir, azan, iqamat waima alif ba ta pun suami saya tak tahu. Suami saya melayu islam. Sebelum kahwin dia jujur dengan saya dia buta huruf, tapi pasal agama tu dia tak bagitahu pun. Saya pun cakap kat dia saya boleh terima dia tapi dengan syarat lepas kahwin dia mesti kena belajar baca. Dia setuju.

Tapi lepas kahwin dia langsung tak nak belajar baca. Saya minta dia baca buku, baca satu baris saja pun dah cukup dah untuk permulaan ni. Tapi dia tak peduli pun permintaan saya. Saya merayu pada dia tolong la baca buku tapi langsung dia tak endah. Saya jadi tertekan sangat sebab semuanya jadi susah nak buat apa-apa suami saya bergantung pada saya sebab dia tak tahu baca.

Saya jadi tertekan pasal benda ni je. Dan saya juga dah beberapa kali keluar rumah hanya kerana benda ni. Last sekali saya cakap pada dia kalau betul sayang saya tolong la baca, tapi masih juga dia tak peduli dan saya rasa tertekan sangat saya pukuI dia. Saya juga rasa nak mati je sebab terlalu tertekan sangat. Saya rasa tak guna jadi isteri sebab saya pukuI suami dan keluar rumah. 4 bulan hidup saya macam ni. Meracau tak tentu hala. Last sekali saya keluar rumah, baru la dia janji dengan saya dia nak baca buku setiap hari.

Saya bukan lah kejam. 30 tahun tak pernah membaca, pasti susah untuk dia mulakan. Jadi saya cuma minta dia baca 1 baris ayat je setiap hari. Tapi dia cakap takde masa. Sekarang Alhamdulillah dia dah boleh baca sikit- sikit masih merangkak. Pasal agama pulak saya tak mau jadi benda yang sama lagi. Beberapa kali saya minta dia baca tapi jawapannya nanti la. Saya belikan dia buku iqra. Pastu dia start baca. Tapi kadang-kadang jela. Masih lagi alif ba ta.

Mak mertua suruh cepat-cepat ada anak. Saya pikir macam mana nak ada anak kalau suami saya pun masih takde basic agama. Nanti anak lahir takkan nak suruh orang lain yang azan kan anak kita. Memang ada masa 9 bulan untuk practice, tapi 9 bulan tu confirm gaduh saja la. Saya jadi tak suka dengan mertua saya sebab anak dia dah susahkan saya.

Saya pikir dorang ni tak didik anak dengan baik sampai selawat dan zikir pun tak tahu. Saya tanya suami saya macam mana boleh jadi macam ni, dia cakap cikgu tak ambil tahu pasal tu dia buta huruf. Saya tanya pulak pasal agama, macam mana boleh jadi macam ni, dia diam saja. Dia memang takde pergi sekolah agama jadi tak boleh la nak salah kan ustaz / ustazah. Bagi saya kegagalan ibu bapa mendidik anak. Tapi suami saya tetap salahkan cikgu.

Saya selalu tertanya-tanya macam mana mertua saya boleh biarkan anak mereka buta huruf sampai dewasa. Untuk pengetahuan, suami saya datang dari keluarga yang mewah. Bukan orang susah. Kalau susah boleh faham la lagi. Keluarga saya jauh lebih susah dari keluarga suami. Tapi parents saya usahakan bagi pendidikan pada anak-anak kerana pendidikan boleh bawa kami keluar dari kemiskinan. Atok saya yang hidup zaman jepun dan miskin tak mampu pergi sekolah pun tahu baca, tulis, dan pandai ngaji quran.

Sekarang ni suami saya baca buku dan iqra main-main. Kadang-kadang baca kadang-kadang tak. Kalau saya tak tegur tak marah tak baca la. Saya tegur baru nak baca. Kadang-kadang dah tegur pun tak baca. Tak tegur dia buat tak tahu je. Saya jadi tertekan saya nak move forward dengan hidup saya. Nak achieve something bigger bersama suami dalam perkahwinan ni. Nak ada anak, nak build family sendiri, nak beli rumah. Tapi saya stuck dengan masalah suami saya ni.

Pasal nafkah zahir yang wajib ada 3. Tempat tinggal, makan minum sehari 2 kali, pakaian dari hujung rambut hingga hujung kaki setahun 2 kali. Nafkah pakaian ni suami saya tak tunaikan. Bagi saya kalau suami saya tak mampu lagi bab nafkah zahir, tunaikan la nafkah batin (seksual, emosi, didikan dan lain-lain) kerana tak perlu keluar duit pun hanya perlu rendahkan ego.

Untuk pengetahuan juga, suami saya masa bujang annual salary RM40k tapi lesen takde, kereta takde, rumah takde, moto takde, simpanan pun takde. Suami saya juga tiada satu pun sijil pendidikan mahupun kemahiran. UPSR suami saya kata tak ingat ada ke tak. Kalau ada pun, dah hilang dah pun sijil tu. Suami saya sekolah sehingga tingkatan 2. Tolong la jangan kecam saya pasal saya keluar rumah dan pukuI suami. Saya salah, saya dah pun minta maaf dan minta ampun pada suami saya dan saya tak ulang dah.

Saya tertekan sangat pada masa tu, beberapa kali juga rasa nak cederakan diri sendiri. Saya juga beri semangat pada suami saya. Saya kata jangan malu kalau buta huruf. Saya cerita pada dia tentang Nabi kita, Muhammad SAW, baginda pun buta huruf sehingga umur 25 tahun.

Lalu jibril ajar baginda baca sehingga menitis airmata baginda kerana terlalu sukar untuk baca. Baginda tidak putus asa dan terus berusaha sehingga berjaya. Saya beri macam-macam semangat tapi tidak membuahkan hasil. Mungkin salah saya yang terima untuk kahwin dengan dia ? – N (Bukan nama sebenar)</p>

Baca juga: “Suami risau tak kuat iman, paksa hantar anak 5 tahun balik kampung untuk opah jaga”