“Saya cuma mahu berikan persembahan terbaik”- Masih ‘gemilang’ di usia 45 tahun, Jaclyn Victor muncul Juara All Stars Gegar Vaganza

Jaclyn Victor, yang merupakan bekas juara Gegar Vaganza musim kesembilan, berjaya memenangi gelaran juara dalam program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada konsert akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Dia turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200,000, trofi, dan hadiah sampingan lain sebagai pengiktirafan atas kemenangannya sebagai juara.

Pada persembahan tersebut, pemilik suara mantap itu menyanyikan lagu “When You Believe,” yang merupakan lagu asal daripada Mariah Carey dan Whitney Houston.

Jaclyn turut berduet dengan Datuk Jamal Abdillah dalam persembahan lagu “Sandarkan Pada Kenangan”. Untuk segmen pertarungan, bekas juara Malaysian Idol musim pertama ini menyanyikan lagu “Let’s Kill This Love” daripada kumpulan Blackpink.

Apa yang menarik, semua finalis tidak pulang dengan tangan kosong kerana menerima wang tunai bernilai RM10,000, trofi, dan hadiah sampingan lain sebagai penghargaan atas penyertaan mereka dalam pertandingan ini.

Untuk kategori Khas Anugerah Pilihan Boss Susu, ia dimenangi oleh penyanyi Naqiu.

Baca juga: Sedapnya sotong celup tepung super rangup! Rupanya ada tips ‘rahsia’ tak meletup