Siapa yang tidak geram bila suami masih berhubung bekas isteri jika tiada perkara penting. Lebih-lebih lagi jika berhubung di pagi hari. Boleh buat gaduh namanya.
Kisah ini dikongsi oleh si isteri. Jom ikuti kisah ini.
Salam admin, minta tolong hide kan nama FB saya ye. Malu kalau orang tau saya yang meluah sebab dalam group ni ramai kenalan saya.
Saya ingat saya tak akan di uji lagi dengan kehadiran orang ke-3 ni selepas kejadian suami saya curang tahun lepas.
Hingga sekarang saya masih tak dapat lupakan peristiwa tu tapi suami saya dah tak ada hubungan lagi dengan perempuan tu. Dia janji tak akan buat lagi tapi kali ni saya diuji pulak dengan bekas steri suami saya ni.
Ceritanya, sekarang suami saya ni asyik berwasap je dengan bekas isteri dia tu. PukuI 3 pagi pun masih berwasap. Cakap pun bukan ada benda penting pun cuma berborak bagitahu pasal nak pindah rumah je.
Saya terbaca la suami saya baIas wasap dengan bekas isteri dia tu cakap macam ni, “nanti Mama pindah, boleh la Babah tolong.”
Diorang ni dari dulu kalau berjumpa ke berwasap ke mesti berMama Babah walaupun depan saya. Sikit pun tak jaga hati saya. Dulu saya dalam pantang anak sulung pun dorang berdua boleh keluar pergi makan-makan.
Mungkin bagi orang lain hal ni kecik je tapi bagi saya dorang ni tak jaga hati saya langsung walaupun saya diam je, tak marah tapi hati saya sakit jugak. Saya cemburu.
Untuk pengetahuan pembaca, dulu kami pernah tinggal serumah dengan bekas isteri suami untuk seketika. Sebabnya masa tu saya dan suami tengah mencari rumah sewa tapi belum dapat.
Kemudian tu bekas mak mentua suami ni (mak bekas isteri) call suami bagitahu macam ni, “kalau kamu nak cari rumah sewa, kamu duduk la rumah yang mak dengan Liza duduk ni. Mak memang nak pindah duduk dengan anak mak yang lain. Liza ni nanti pandai-pandailah dia keluar cari rumah sendiri atau bilik sewa.”
Lepas tu bekas isteri suami ni wassap suami cakap nak tumpang duduk rumah tu sementara sampai dia dapat cari bilik sewa kat genting sebab dia nak kerja kat sana katanya. Jadi saya dengan suami setuju la sebab dia cakap sementara je kan.
Masa kami dah pindah duduk rumah tu, saya jadi tak suka pulak duduk sekali dengan dia sebabnya si Liza ni kalau dekat rumah suka pakai seksi-seksi, pakai baju sampai atas paha.
Ada sekali tu dia tidur tak pakai baju, selimut dia terselak sampai atas paha lepas tu badan dia semua nampak. Nasib la masa tu dia tidur meniarap. Lepas tu pintu bilik dia tak tutup terbuka luas.
Tah tahu la sama ada dia terlupa atau dia sengaja. Saya cakap dekat suami, “tengok tu si Liza tu dah kenapa tidur macam tu dengan tak pakai apa nya lepas tu pintu terbuka luas macam tu.
Saya tengok dia tu macam sengaja je kan. Kalau kat rumah dia suka pakai seksi-seksi, saya tak suka dan tak berkenan dengan cara dia tu.”
Lepas saya cakap macam tu, suami saya pergi la bagitahu dekat Liza yang saya tak suka tengok dia seksi-seksi dekat rumah. Boleh plak si Liza ni gelak-gelak dan cakap saya ni kuat cemburu.
Lepas tu saya cakap dekat suami, saya cakap si Liza ni kata nak duduk sementara je kan, takkan la sampai sekarang tak dapat-dapat bilik sewa lagi.
Kata hari tu nak pergi cari kerja kat genting tu pun tak jugak dia pergi. Hari-hari ada je kat rumah. Suami kata dah tanya dekat bekas isteri dia tu, si Liza ni kata nanti dia pergi la cari kerja, saya ni kecoh la, cemburu tak tentu pasal.
Macam tu dia kata kat saya, hampir nk dekat setahun jugak la kami ni duduk serumah dah macam orang bermadu. Akhirnya saya cakap dengan suami kita cari je rumah sewa lain, kalau dia tak nak pindah, biar kita yang pindah.
Sampai bila nk duduk serumah macam ni, dah macam orang bermadu pulak. Jiran kiri kanan pun dah bercakap pasal dia sebab duduk serumah dengan kami.
Sampaikan makcik-makcik beIah suami cakap dengan saya macam ni, “tahannya kamu boleh serumah dengan bekas isteri suami kamu tu, kalau aku la memang perang la hari-hari.”
Syukurlah kami dapat jugak rumah sewa lain, kami pindah masuk rumah sewa baru lepas saya habis berpantang anak no 2. Itu je la nak luah min. Ini dah dua hari saya kurang bercakap dengan suami gara-gara geram dia masih berwasap dengan bekas isteri dia tu.
Baca juga: Sah! Ini rupa-rupanya resepi rahsia ayam KFC yang ramai taktahu…