‘Saya mahu anak selamat, tidak mahu orang kata sebab banyak duit kemudian nak akses CCTV’

Selebriti terkenal, Neelofa mahu mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Dia juga sama seperti ibu bapa di luar sana yang mahu memastikan keselamatan anak terjamin apabila berada di sekolah.

Perkara CCTV menjadi perdebatan banyak pihak, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju.

“Apa yang saya buat itu hanya perkongsian daripada seorang ibu yang sama macam ibu-ibu lain di luar sana.

“Saya mahu anak selamat. Bukan apa, mungkin sejak kebelakangan ini saya trauma melihat banyak video yang viral berkaitan anak. Kalau lalu dekat timeline sosial media, saya tak boleh nak tengok, akan skip.

“Saya akan baca kapsyen sahaja, tak sanggup nak tengok.

“Nauzubillah, minta jauh dari kita semua. Saya rasa ini patut jadi selling point dari pihak sekolah di mana mereka boleh tawarkan sebagai satu pakej,”katanya.

Beliau tidak mahu orang kata sebab banyak duit kemudian nak akses CCTV. Saya bukan kata CCTV wajib, tapi perlu ada, namun dengan terma dan syarat.

“Pandangan saya secara peribadi, jika ada akses CCTV dari rumah, ibu bapa tidak boleh sesuka hati untuk tunding jari,” kata Neelofa kepada Gempak.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Naelofar x Disney yang berlangsung di IOI Mall, Putrajaya pada Khamis.

Dalam masa sama, isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail (PU Riz) itu berkata, tujuan dia menghantar Bilal ke sekolah kerana mahu anaknya itu bersosial dengan kanak-kanak lain.

“Saya ada juga panggil cikgu datang rumah mengajar, kalau dulu tiga kali seminggu datang rumah. Sekarang cikgu datang sekali sahaja ke rumah, hari-hari lain, Bilal akan ke sekolah.

“Saya tetap hantar anak ke sekolah, dia perlu bersosial. Saya pilih sekolah itu pun sebab dekat dengan rumah. Bilal masih kecil, jadi saya tak nak la dia travel jauh hanya untuk pergi ke sekolah,” ujarnya.

Terdahulu, Neelofa seakan meluahkan rasa kecewa berikutan pihak pengurusan sekolah anaknya tidak membenarkan ibu bapa mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah.

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2 serta Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu.

Baca juga: SRK dedah rahsia buat rawatan akupuntur di alat kemaluan untuk…