Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, telah menyelesaikan saman terhadap seorang pemuda yang didapati bersalah atas tindakan menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ atau pengganas.
Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice atau Ariz Ramli, yang berusia 33 tahun, memuat naik resit perbankan yang menunjukkan dia telah memindahkan jumlah wang sebanyak RM1,000 ke akaun tertuduh.
“Selesai,” katanya ringkas pada bahagian kapsyen hantaran berkenaan.
Sebelum itu, Caprice juga telah meminta bantuan pengikut media sosialnya untuk mengesan individu yang bersangkutan kerana dia ingin membayar denda yang dikenakan kepadanya.
“Siapa-siapa kenal adik ini, beritahu dia RM1,000 saya payung (bayarkan). Insya-Allah jualan hari ini memang padu,” ujarnya.
Setelah melihat komen-komen, rata-rata netizen memuji dan mengucapkan terima kasih atas sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Caprice.
Baca juga: 4 lelaki terdesak rompak, curi mangkuk tandas bersalut emas harga RM27.6 juta