Nama Puteri Sarah tidak asing lagi dalam dunia seni.
Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu menjadi kegilaan ramai disebabkan dirinya yang kuat dan cekal dalam memilih untuk keluar dari kehidupan berumahtangga yang diganggu oleh orang ketiga.
Namun baru-baru ini, kisah Puteri Sarah kembali menghangatkan industri apabila bekas suaminya itu yang kini sudah berumahtangga ternyata telah menemui titik noktah dengan menfailkan penceraian bersama wanita yang bernama Ira Kazar.
Video lama yang tular di laman sosial Tiktok itu memperlihatkan Puteri Sarah yang menceritakan bagaimana dirinya yang dicurangi suami hingga mendatangkan mudarat kepadanya serta anak-anak.
“Bila stress dulu Sarah lepaskan dekat anak Sarah, Sarah pukul Syaikhul sebab i stress”.
“I bukan sengaja, tak sedar sebab banyak sangat masalah dalam kepala i”.
Temubual yang dilakukan selepas penceraiannya bersama pengarah itu ternyata membuatkan ramai mengalirkan airmata melihat kekuatan ibu tunggal itu.
Rata-rata komen menyatakan perkara yang berlaku kepada Syamsul Yusof baru-baru ini adalah kifarah terhadap dirinya.
“Sekarang Allah dah bayar cash dekat pihak yang sepatutnya..”
“Doa seorang isteri teraniaya…alhamdulilah Sarah dan anak2 dah kembali bahagia sekarang”.
Baca juga: Ini 5 selebriti yang bercerai sepanjang 2024