“Saya rapat dengan anak Shuib, tak tolak jodoh dengan dia” – DS Vida

Datuk Seri Vida sudi jika ditakdirkan bercinta dengan Shuib. Jutawan, Datuk Seri Vida tidak menolak kosmetik sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib.

Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya.

Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu.

“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.

“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,”katanya.

Sebelum ini, Vida juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.