Parah apabila ‘menghidap’ perasan tahap dewa apabila menganggap wanita di sekeliling suka kepada dirinya.
Itu dialami seorang lelaki China dari wilayah Jiangsu dikenali sebagai Liu.
Dia kemudian disahkan mengalami sindrom khayalan cinta pada Februari lalu.
Apa yang lebih teruk apabila Liu menunjukkan kasih sayang kepada wanita dikenalinya dengan cara tidak sepatutnya.
“Saya rasa semua wanita di kampus saya menyukai saya,” kata Liu, lapor akhbar Insertlive.
Paling kacak
Mengulas keadaan Liu itu, seorang doktor yang merawat keadaan pemuda berkenaan berkata, Liu turut menganggap dia adalah orang paling kacak di universitinya.
“Liu mendatangkan banyak masalah kepada rakan-rakan di kolejnya,” kata Dr Lu Zhenjiao.
Sementara itu, Liu turut dilapor menerima rawatan di hospital selepas disahkan menghidap simptom ‘gangguan khayalan cinta’.
Jelas doktor, gangguan itu sering berlaku pada bulan April dan Mei apabila musim bunga tiba.
Liu sedang berusaha untuk pulih dan masih mengambil ubat serta menjalani psikoterapi.
BACA JUGA 3 cara nikmati kebebasan kewangan elak jadi kuli sampai tua