“Saya tak boleh dedah kos vaksin ni”, luah KJ

Kerajaan tidak dapat mendedahkan kos vaksin Covid-19 pada masa ini kerana syarat kerahsiaan ditetapkan oleh semua syarikat farmaseutikal, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Tidak boleh perincikan semua harga vaksin itu kerana ia akan menjejaskan perjanjian yang dikeluarkan semua syarikat vaksin ini.

“Saya ambil pendirian hormati perjanjian dan syarat sebab yang penting untuk dapat vaksin itu,” katanya pada satu sidang media khas di Putrajaya hari Ini.

sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2020/12/23/kerajaan-tak-boleh-dedah-kos-vaksin-covid-19-kerana-perjanjian-dengan-syarikat-kata-kj/