Saya tak mahu buka aib bekas suami saya – Cik Epal

Isu rumah tangga antara pempengaruh, Jofliam dan Cik Epal akhirnya terjawab apabila mereka telah sah bercerai selepas 10 tahun bersama.

Cik Epal di instagramnya mengesahkan keruntuhan rumah tangganya bukanlah disebabkan orang ketiga.

Pempengaruh itu juga berkata yang Jofliam tidak pernah curang sepanjang perkahwinan mereka.

Aku tak nak jelaskan panjang lebar sebab tak nak sebarang ayat aku dimanipulasi.

Cuma aku nak jelaskan, sepanjang perkahwinan kami, Jofliam tak pernah curang.

Menurut Cik Epal lagi, dia tidak mahu membuka aib suaminya dan berbangga pernah bergelar isteri kepada Jofliam yang dianggap sebagai bapa yang baik buat dua anak mereka.

Setiap cerita kita kena dengar daripada dua-dua pihak untuk dihakimi. Aku memilih untuk tak bercerita side aku di public sebab tak nak ada aib bekas suami yang tersebar.

Dia pernah jadi orang yang istimewa dalam hati aku, dulu dia sebahagian hidup aku. Aku bangga dengan kejayaan dia. Aku tak pernah malu gelarkan diri sebagai ‘isteri Jofliam’ sebelum ini.

Dia tetap ayah yang bertanggungjawab untuk Han dan Yuki. Cukup 10 tahun, aku nak move on.

baca: Patutlah tak menjadi, kena celup dengan air rupanya! Ini resepi pisang goreng rangup yang wajib dicuba