‘Saya tak memilih kerja, janji halal’- Seorang bapa rela ulang alik 20km demi bayar yuran anak

Seorang bapa rela melakukan kerja ulang alik demi membayar yuran anak yang bersekolah agama janji beliau tidak memilih pekerjaan yang penting ianya halal.

Sejauh 2o kilometer beliau ulang alik dengan menaiki motor saban hari tidak pernah mematahkan semangat seorang bapa untuk mencari rezeki.

Tidak memilih pekerjaan, bapa ini sanggup memerah keringat mengutip sisa sampah buangan manusia demi masa depan anaknya.

Datang dari latar belakang yang tidak berkemampuan, Basri nama beliau sedar akan kepentingan memberi akses pendidikan yang tinggi buat anaknya.

“Fasal anak nak sekolah, saya tak memilih kerja, janji halal. Yuran sahaja RM 500, (kalau) tak kerja, kasihanlah dekat anak-anak.

“Saya tak pandai, nak bagi anak saya pandai sikit,” katanya yang telah melakukan pekerjaan tersebut selama dua tahun.

Riak wajah kelihatan sentiasa mengukir senyuman namun tiada siapa tahu beban yang terpaksa ditanggung lelaki itu.

Pengorbanan bapa itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut di akaunnya.

Menurut Basri, dia rela melakukan pekerjaan yang mulia itu untuk membayar yuran persekolahan anaknya di sebuah sekolah agama.

Mungkin tidak mampu membayar tambang pengangkutan, isterinya tidak bekerja untuk menghantar anaknya ke sekolah setiap hari.

Semoga anak Basri menghargai pengorbanan ibu bapanya dan dapat mengubah nasib keluarga suatu hari nanti.

Baca juga: Letak topi atas kepala anak ini terus diam-Wanita ini senang tenangkan anak