Tular kisah di laman facebook seorang anak yang sanggup mencuri duit simpanan tabung haji kedua ibu bapanya secara diam-diam.
Dikatakan, anaknya itu mengetahui kata laluan dan melakukan transaksi secara online menyebabkan kedua orang tuanya tidak dapat menghidunya.
Kejadian itu berlaku apabila kedua orang tuanya hadir ke kaunter tabung haji untuk pengeluaran namun terkejut apabila mengetahui tiada baki yang tinggal dalam akaun tersebut.
Kami kongsikan kisah penuh di bawah:
Semalam pergi Tabung Haji dan ada satu cerita sedih berlaku.Satu pasangan tua ini mungkin nak buat transaksi akaun TH dia orang. Pakcik tunggu dekat aku, makcik pergi kaunter.
Tiba-tiba makcik panggil pakcik. We can hear her (and the rest of the tragedy) because it was obviously quiet there.
Makcik: Bang… Tak ada dah… Semua dah habis!
Pakcik: Macam mana boleh tak ada? (jalan perlahan ke kaunter)Staff: Ada perpindahan online.
Pakcik: Tapi saya tak pandai pakai telefon. Online online ni. Mana boleh orang keluarkan duit kami.
Staff: Nombor telefon ni…Makcik: Saya punya…
Staff: Password…
Makcik: Saya tak pandai ni… Password ni pun agaknya anak makcik yang buat…
Staff: (Sebut perpindahan akaun yang dibuat berkali-kali sejak Januari hingga Ogos) Ini dibuat ke akaun TH nama ** siapa ni?
Makcik: Ni akaun Tabung Haji anak saya…Staff: Duit pakcik makcik transfer pada akaun ni. Yang boleh keluarkan RM25.
Boleh dengar pin jatuh weh. Semua yang ada situ dah dapat tangkap apa jadi. Astaghfirullahalaziim… Aku tak tahu back story.
Mereka dah ke haji ke belum, nak keluarkan duit ke apa. Tapi mereka tak tahu pun duit simpanan mereka telah dikeluarkan (pindah masuk akaun anak).
Pakcik tu duduk sebelah aku sementara tunggu. Staff masih terangkan pada makcik yang nombor TAC semua akan diberikan kalau ada transaksi, malah dicari mesej-mesej, tapi tak dijumpai. Dah dipadam.
Pakcik dan aku tak sengaja bertemu mata. Kesiannya. Aku ucap takziah dekat pakcik.
“Maaf pakcik, kami semua dengar apa yang berlaku”.
Air mata aku dah menitik dah. Sedih sangat. Pakcik geleng kepala. Urut dada.
“Saya tak sangka. Kalau saya nangis…luluh hati saya…saya tahan…”
Ramai juga bersimpati pada pasangan tua ni. Makcik masa nak sign dokumen cakap (kami yang ada kat TH dengar).
“Saya tak percaya. Tangan saya menggigil”.
Ramai yang tunduk. Staffs TH yang ada pun boleh nampak mereka pun sangat sayu. Mereka tolong sekat perpindahan atas talian.
Balik tu pakcik tu ucap terima kasih yang bersimpati pada dia dan isteri.
Isteri dia dapatkan pakcik tu, dia cakap “sampai hati anak kami buat orang tua dia macam ni” sambil pergi.
Aku pulak duk terkesat air mata dengan bucu tudung…Staff TH beritahu kalau warga emas tak Internet savvy, mereka takkan perkenalkan pun kaedah thijari ni.
Dia pun tergeleng-geleng kepala. Sayu dan sedih.Sampai sekarang aku duk piqkir couple tua semalam.
Aku doakan mereka diberikan rezeki yang lebih baik. Diberikan ketenangan hati dan semoga kemelut yang telah berlaku ni dipermudahkan.
Hopefully anak dia tidaklah menggunakan wang simpanan haji mak ayah dia, dan pulangkannya semula. Aamiin.
Baca jugak: Bomoh tipu tukar duit jadi bantal, lelaki rugi RM22,000