Tekanan yang dialami seseorang daripada keluarga sendiri menyebabkan mereka terfikir untuk bertindak di luar kawalan. Ikuti kisah ini.
Salam Min. Mohon hide profile fb. Macam mana cara nak bercerai dengan suami tapi suami tak mahu lepaskan? Nak pergi pejabat agama, disuruh balik jika datang situ tanpa pengetahuan suami. Bila beritahu suami, suami tak izinkan pergi pejabat agama.
Nak terus ke mahkamah, tiada pendapatan tetap untuk bayar peguam. Saya ceritakan sikit tentang latarbelakang perkahwinan kami. 11 tahun perkahwinan, berkahwin atas dasar cinta. Mempunyai 3 org anak yang masih kecil.
Semuanya secara pembedahan dan kali terakhir saya telah ikat peranakan. Suami tak pernah naik kaki tangan atau mencederakan fizikal. Suami tak ada skandal dan tak pernah curang. Nafkah sebanyak RM50 sebulan, kadang-kadang ada bulan yang dia culas.
Tempat tinggal disediakan (rumah sendiri). Makanan ikut suka dia, kadang-kadang memang takde lauk langsung. Jika ada duit, ada lah lauk. Rumah, bil-bil, duit belanja anak, suami yang tanggung. Sebab mahu berpisah.
Tekanan emosi. Emosi dan perasaan saya selalu dihentak-hentak oleh suami sampai barai. Sampai pernah saya cuba bawak kereta dengan laju untuk tamatkan riwayat sendiri. Tapi separuh jalan je sebab tiba-tiba rasa takut bila muncul kereta dari simpang. Mujur tak terbabas. Ketika ini saya dalam keadaan waras dan sedar.
Suami selalu memburukkan saya dan keluarga saya di hadapan keluarganya. Terutamanya ibu mertua saya. Sehingga ipar dan besan saya yang lain pernah mengejek-ngejek ayah saya di hadapan saya. Ayah saya dah meninggaI dunia dan sebelum ni arwah ayah nyanyuk. Mereka mengejek semasa ayah masih hidup.
Kadang-kadang bila saya jumpa kawan mak mertua, mereka boleh tahu semua cerita saya. Saya jadi marah dan tertekan. Bukan sekadar family mertua malah sekampung tahu cerita saya dan keluarga. Saya pernah dituduh oleh keluarga mertua bila anak saya terkena sakit menggitis, dikatanya penyakit keturunan dari saya.
Alhamduliah sihat sudah anak saya. Pun sama juga, sekampung mengata anak saya sakit sebab keturunan saya. 3 kali saya bersalin, tak pernah suami teman saya di wad. Menjenguk pun cuma 2-3 minit. Segan dengan pesakit lain yang perempuan katanya.
Saya minta pakaikan stokin atau bangunkan saya sebab saya bersalin czer, dia marah. 3 kali beranak, saya berpantang sendiri. Segalanya saya buat sendiri. Anak yang ketiga saja saya merayu pada dia supaya jaga saya, itupun selama 2 minggu saja.
Supaya badan saya boleh sembuh dengan baik. Alhamdulillah setelah di rayu-rayu macam pengemis, dia jaga saya 2 minggu. Hari ke 14 dalam pantang, saya memandu dan bawa baby beserta anak yang lain ke kIinik untuk check up sendiri.
Masak, kemas rumah, jaga anak, semua sendiri. Rumah mertua dengan rumah saya dekat saja tapi itulah, sebab saya bukan menantu kesayangan. Jadi tiada bantuan. Setiap kali raya, suami tak suka jika saya ada baju raya, untuk anak-anak tak apa tapi saya tak boleh.
Pakai saja baju apa yang ada. Jika saya beli diam-diam, dia akan marah. Sedangkan guna duit sendiri hasil kerja ambil upah tak tetap. Suami saya suka downkan emosi saya. Kalau boleh dia nak tengok saya ni terduduk terus. Baru puas hati agaknya.
Tapi depan kawan-kawan dia layan saya dengan baik, bila berdua, tidak. Benda yang sama saya katakan depan kawan dia, dia akan gelak anggap gurauan. Tapi bila saya cakap perkara yang sama bila berdua, dia akan marah.
Jika keluar makan, muka sentiasa ketat. Tak ada gurauan dan borak-borak. Tapi bila jumpa kawan atau nak membayar di cashier, senyum panjang dan bergurau mesra. CiIaka! Lepas thumbprint balik kerja, dia akan lepak di tempat kerja 2-3 jam sebelum sampai rumah.
Pernah saya tanya kenapa. Dijawapnya, “takkan nak balik terus? Kenalah tegur dulu kawan-kawan. Awak tak pernah berkawan ker?” Ya, saya surirumah. Tak ada kawan rapat. Saya tiada saudara mara dan kenalan di negeri ini. Saya datang ke negeri ini setelah bernikah dengan dia.
Dia pernah cakap pada saya, jika dia mati dulu saya akan susah sangat-sangat, tapi jika saya yang mati dulu, dia tak akan terkesan apa. Dia selalu bangga dan bercerita tentang isteri kawan-kawannya yang banyak duit. Sama ada duit harta peninggalan atau duit yang gigih dicari sendiri.
Saya selalu terasa hati. Sebab saya bukan kaya dan tak memberi kemewahan pada dia. Banyak lagi yang suami buat dan tekan emosi saya. Sampai satu tahap, sekarang ini saya sudah tidak mampu menangis. Cuma rasa dendam yang membuak-buak.
Kenapa tak mahu lepaskan jika saya ini tak disukainya. Saya kerja dengan ambil upah giIa-giIa, dengan duit upah itu saya topup beli barang makan dan dapur juga. Kasihan melihat anak-anak sahaja. Dan duit upah itu saya bayar transit anak dan nursery anak.
Separuh gaji habis untuk penjagaan anak. Simpanan sedikit. Saya cadang untuk berpisah. Tak mahu mental kacau. Anak-anak saya mahu suami yang jaga. Sebab saya tahu kalau saya yang jaga, suami akan lepas tangan nafkah anak-anak.
Sedang saya belum mampu nak jaga 3 anak sendirian. Saya masih mahu ada dengan anak. Tapi bukan sebumbung dengan suami. Saya tak mahu menuntut apa-apa.
Cukup sekadar dibebaskan dari tanggungjawap seorang isteri kepada suami yang hanya anggap isteri sebagai egonya sahaja. Dia dan saya berhak bahagia cara masing-masing. Saya dah tak ada hati pada dia. Dah hampir sebulan kami tak bertegur, tak bercakap.
Baca juga: Kenapa perlu tutup lampu sebelum tidur? Ramai tak sedar apa kaitannya dengan kesihatan badan