‘Saya tidak pernah keluar mencari mereka namun mereka hadir dalam hidup saya’-Engku Emran titip penghargaan buat bekas isterinya

Engku Emran suami kepada Noor Nabila meluahkan rasa berbesar hati ditemukan dengan tiga orang wanita yang sudi menjadi isterinya.

Menerusi laman Instagram miliknya beliau yang juga suami kepada Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menzahirkan penghargaan sepanjang berada di atas muka bumi ini menerusi

Emran juga berkata, setiap seorang wanita yang pernah ada disisinya itu sangat memberi makna dan erti dalam hidup.

Saya tak pernah keluar mencari mereka atau merancang untuk mengahwini mereka, namun mereka hadir ke dalam hidup saya dalam proses kerja dan jatuh cinta.

Dalam pada masa yang sama, Emran juga berkata dirinya dalam keadaan baik biarpun namanya kini menjadi topik utama kerana bakal bercerai dengan Nabila.

Sebelum ini, Nabila akhirnya membuka mulut bahawa dia dan suami bakal bercerai selepas Emran meluahkan hasrat mahu berpisah serta tidak lagi meneruskan perkahwinan yang sudah dibina sejak tahun 2021.

Baca juga: Puad dedah perkara mengejutkan berlaku dalam dewan PBB semasa PMX berucap