Mengakui berasa kecewa terhadap pembatalan kontrak dengan syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, penyanyi Kaka Azraff menuntut penjelasan lebih lanjut mengenai tindakan syarikat musik tersebut.
Keputusan tersebut dianggap secara tiba-tiba, malahan Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, mendakwa surat pemberitahuan pembatalan kontrak sebelum ini tidak mempunyai apa-apa alasan yang menyatakan perkara tersebut berlaku.
“Saya sudah terima (surat), tetapi alasan penamatan kontrak itu tidak dijelaskan dan dimaklumkan. Sejujurnya, saya terkilan.
“Saya dan pihak peguam tiada perancangan untuk ambil tindakan undang-undang.
“Tetapi saya berharap ada kenyataan rasmi kenapa saya diberhentikan. Itu lebih baik,” katanya.
Desas-desus mengenai penamatan kontrak penyanyi itu mula tersebar luas di media sosial dipercayai setelah tindakannya yang lantang bersuara menentang kekejaman regime Israel.
Warner Music mengumumkan pada hari ini bahawa kontrak penyanyi tersebut akan ditamatkan berkuatkuasa mulai 31 Disember depan, dengan mengambil kira beberapa faktor.
Pada masa yang sama, Kaka turut mendakwa dirinya tidak menerima sebarang tawaran ganti rugi yang diberikan oleh pihak syarikat selepas penamatan kontrak tersebut.
Baca juga: Ini ‘trick’ mudah nak putihkan papan pemotong yang berkerak, barulah ‘berselera’ sikit nak memasak