Sayang baju putih kena tompok warna, rupanya ada tips mudah nak hilangkan..ramai akui berkesan

Pasti ramai yang kurang menggemari baju berwarna putih kerana susah untuk menjaganya.

Lihat sahaja anak anak yang baru balik dari sekolah, pasti penuh dengan kesan peluh, minyak dan pelbagai lagi kotoran yang mudah melekat disebabkan baju berwarna putih.

Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Teratai Putih berkongsi testimoni selepas dia mencuci baju putih yang bertompok akibat warna pada pakaian lain luntur, menggunakan petua ibunya.

“Alhamdulillah, syukur dapat petua daripada mak untuk hilangkan luntur (turun warna) pada pakaian. Punyalah susah hati tengok pakaian kena luntur.

“Nasib baik mak ajarkan petua ni, dan ia valid untuk semua warna pakaian,” ujarnya.

Menurut wanita itu, ibunya memberitahu bahawa kaedah cucian ini hanya melibatkan tiga bahan sahaja.

Apa yang diperlukan hanyalah periuk yang bersih, sabun cuci, dan air secukupnya.

Cara-caranya:

Isi periuk dengan air secukupnya.

Kemudian masukkan satu sudu sabun (jangan lebih, kerana buih akan melimpah apabila air mendidih).

Masukkan pakaian yang mengalami luntur dan didihkan.

Gaulkan pakaian ketika air sudah mendidih agar air panas meresap ke seluruh bahagian pakaian.

Langkah ini akan memudahkan pewarnaan terlerai daripada pakaian.

Gaulkan pakaian selama lima minit, atau sehingga anda pasti bahawa warna yang luntur telah hilang sepenuhnya.

Selepas itu, angkat pakaian dan basuh dengan sebersih mungkin, lalu anda boleh mengeringkannya.

Selamat mencuba!

Baca juga: Boleh cecah ribuan ringgit, ini 5 jenis sayur yang paling mahal di dunia