SC tidak temui kesalahan muktamad Azam Baki langgar peraturan

Siasatan Suruhanjaya Sekuriti tidak menemui kepastian muktamad Azam Baki melakukan kesalahan berhubung isu pemilikan saham syarikat tersenarai pada 2015-2016.

Memetik dari FMT, dalam kenyataan ringkas, SC menyatakan ia telah menjalankan siasatan dan berdasarkan bukti yang ada “SC tidak dapat memastikan secara konklusif berlaku kesalahan bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).”

Seksyen 25(4) menetapkan semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik pemanfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

Azam menafikan sebarang salahlaku sebelum ini dan berkata pembelian lebih 4 juta saham dan waran dua syarikat tersenarai awam dilakukan oleh adiknya, Nasir, dan beliau telah memaklumkan perkara itu kepada pihak atasan ketika itu.