Scam la orang nak cepat kaya, bukan orang nak buat haji – Michael Ang berang Agensi Pelancongan ‘Scam’ Jemaah Haji

Scam la orang nak cepat kaya, bukan orang nak buat haji. Michael Ang berang Agensi Pelancongan ‘Scam’ Jemaah Haji. ‘Scam’ Haji ini bukan kali pertama berlaku di Malaysia, namun masih ada lagi yang sanggup menipu untuk dapatkan wang segera dengan cara paling terkutuk di dunia.

Menurut Michael Ang, dia berasa geram apabila ada segelintir pihak sanggup menipu jemaah haji dan umrah. Lebih menyentuh perasaan, mangsa penipuan tersebut terdiri daripada golongan warga emas.

Sebagai manusia, Michael Ang berharap pihak agensi tersebut bertanggungjawab dan mempunyai rasa serba salah setelah melakukan penipuan tersebut.

Scam la orang nak cepat kaya, bukan orang nak buat haji

“Tak rasa bersalah ka menipu duit orang tua. Seriously, korang tak ada emak bapa? Nak scam pun pergilah scam orang yang nak cepat kaya.

“Kejamnya!”.

 

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis seperti Sharnaaz Ahmad, Janna Nick, Sheila Rusly dan Catriona Brian Ross bersetuju dengan posting Michael Ang.

Bagi Catriona, dia berasa sedih apabila mengenang susah payah para jemaah untuk mengumpul duit demi ke Tanah Suci.

Terdahulu, usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa di Facebook turut meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa kesemua bakal jemaah haji berkenaan.

Dia juga menitipkan doa agar urusan mereka dipermudah selain diberi peluang dan kesempatan untuk mengerjakan haji pada tahun akan datang.

Baca Juga: Siapa ‘Tan Sri’ yang disebut jemaah haji terkandas di KLIA?

Baca Juga: Jangan salahkan pengusaha ladang durian Musang King selagi tak sah punca, kesian dia – MB Kedah