Scammer dah upgrade, berani godam Telegram Ismail Sabri

Scammer biasanya menggodam atas satu tujuan iaitu untuk mendapatkan duit dengan cepat. Namun scammer in dengan beraninya menggodam Telegram Dan Signal milik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri dikatakan sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab lapor Harian Metro.

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut untuk mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Individu yang menerima mesej daripada akaun ini diminta mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu daripada individu yang menyamar sebagai Perdana Menteri.

“Individu yang sudah menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain, hendaklah melaporkannya segera kepada PDRM dan SKMM bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Baca Juga: Dunia akhir zaman, platform e-dagang digunakan untuk puaskan nafsu syaitan

Baca Juga: Projek 2010, konon dulu dah siap 2017 sampai belanja RM6.08 bilion-‘Duit rakyat hilang kapal pun hilang’